Fatwa Selangor tidak batal sepenuhnya, gambaran tidak tepat, keliru

BEBERAPA laporan media yang memberi gambaran bahawa Mahkamah Persekutuan hari ini telah membatalkan sepenuhnya Fatwa Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama 2014 adalah tidak tepat.

Malah, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyifatkan mengelirukan dan tidak menggambarkan keputusan dan alasan penuh mahkamah.

Presidennya, Muhamad Hisham Marzuki menegaskan, Mahkamah Persekutuan tidak membatalkan keseluruhan fatwa berkenaan sebaliknya membuat keputusan yang terperinci dengan mengesahkan sebahagian dan mengetepikan sebahagian yang lain.

“Bahagian fatwa yang disahkan (kekal sah). Perenggan 1 fatwa, setakat mana ia menyatakan ‘mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalism dan pluralism agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam’.

“Perenggan 4 fatwa, yang menyatakan ‘mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, beberapa media tempatan melaporkan bahawa rayuan SIS Forum di Mahkamah Persekutuan telah menyebabkan keseluruhan fatwa berhubung fahaman liberalisme dan pluralisme agama dibatalkan.

Mengulas lanjut, Muhamad Hisham menjelaskan, bahagian fatwa yang diketapikan (tidak sah) adalah pemakaian fatwa tersebut kepada SIS Forum (Malaysia) sebagai sebuah pertubuhan, institusi atau syarikat.

“Perenggan 2 fatwa, yang menyentuh pengharaman dan rampasan bahan terbitan dan perenggan 3 fatwa yang mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyekat laman-laman sosial,” katanya.

Muhamad Hisham berkata, Mahkamah Persekutuan memberikan tiga alasan utama dalam keputusannya untuk mengetepikan sebahagian fatwa.

“Tafsiran ‘orang yang menganut agama Islam’.. alasan utama fatwa tidak boleh terpakai kepada SIS Forum sebagai sebuah syarikat adalah kerana mahkamah mentafsirkan frasa Perlembagaan ‘persons professing the religion of Islam’ sebagai merujuk hanya kepada manusia sebenar, bukan entiti buatan seperti syarikat atau pertubuhan.

“Mahkamah menjelaskan bahawa sebuah syarikat, sebagai entiti buatan, tidak mempunyai kapasiti untuk melaksanakan Rukun Islam seperti melafazkan kalimah Syahadah, solat, puasa atau menunaikan haji.

“Dalam konteks yang sama, sebuah syarikat tiada kapasiti untuk bertaubat seperti yang dituntut oleh perenggan 4 fatwa,” jelasnya.

Selain itu, melangkaui bidang kuasa negeri oleh kerana mahkamah mendapati Perenggan 2 dan 3 fatwa adalah tidak sah kerana Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubalnya.

“Perkara berkaitan pengharaman penerbitan (Perenggan 2) adalah di bawah bidang kuasa Persekutuan melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Perkara berkaitan sekatan kandungan internet (Perenggan 3) adalah di bawah bidang kuasa Persekutuan melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan melibatkan agensi Persekutuan (MCMC),” katanya.

Tambah Muhamad Hisham, kebertanggungjawaban individu tetap wujud di mana mahkamah menegaskan bahawa walaupun fatwa tidak terpakai kepada syarikat, individu-individu yang menggerakkan syarikat atau pertubuhan itu tetap terikat dengan fatwa tersebut di bawah Perenggan 1 dan 4.

“Oleh itu, tidak timbul isu syarikat atau institusi boleh terlepas tanpa bertanggungjawab kerana kebertanggungjawaban terletak di bahu individu-individu di dalamnya,” katanya.

Justeru, keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mengesahkan bahawa teras teologi fatwa yang menyentuh akidah individu Muslim adalah sah dan berkuat kuasa.

“Pembatalan hanya berlaku pada aspek-aspek yang melangkaui bidang kuasa perlembagaan negeri dan pemakaiannya kepada entiti bukan manusia,” katanya.

Muhamad Hisham menyeru pihak media agar melaporkan keputusan mahkamah secara tepat dan holistik untuk memberi pemahaman yang benar kepada masyarakat.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri