Laporan HRMI: Perbaiki prestasi Malaysia dalam hak pendidikan

PUTRAJAYA – Pendekatan holistik dan pragmatik perlu dilakukan selepas laporan dikeluarkan Inisiatif Pengukuran Hak Asasi Manusia (HRMI) yang berpangkalan di New Zealand menunjukkan kerajaan Malaysia ketinggalan dalam menjamin hak pendidikan.

Pakar pendidikan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, hasil dapatan laporan bebas itu perlu dikaji secara terperinci bagi memastikan presepsi itu dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

“Laporan badan bebas ini mesti diteliti, dibincang dan diambil tindakan penambahbaikan.

“Analogi mudah daripada kajian ini, ibarat kita ini ibu bapa berduit tetapi ‘berkira -kira’ berbelanja untuk pendidikan anak-anak,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Dalam pada itu, Anuar secara berkias mendakwa bahawa negara jiran, iaitu Indonesia dan Singapura dilihat memiliki skor yang tinggi berdasarkan laporan terbabit.

“Jiran sebelah rumah pun berduit, dan sanggup berbelanja banyak untuk pendidikan anak-anak mereka.

“Jadi, hak dan peluang anak-anak mereka kembangkan potensi diri terbuka seluasnya berbanding anak-anak kita,” katanya.

Terdahulu, berdasarkan dapatan laporan bebas itu, Malaysia berada di tangga ketiga tercorot dengan skor keseluruhan 67.5 peratus bagi hak pendidikan, dan hanya mengatasi Brunei (62.4%) dan Laos (58.5%) bagi hak pendidikan dalam kategori kualiti hidup.

Negara dengan skor lebih tinggi ialah Vietnam (97.2%), Singapura (95.2%), Myanmar (87.3%), Kemboja (79.9%), Thailand (77.8%), Indonesia (77.3%), dan Filipina (67.7%).

Melihat pada graf prestasi dari masa ke semasa, prestasi Malaysia kekal statik dalam sedekad lalu: 67.2 peratus pada 2010 dan 67.5 peratus pada 2022.

Malaysia didapati menunjukkan prestasi baik dalam hak kepada pekerjaan, dengan pencapaian 99.8 peratus. Ia juga memperoleh 90.8 peratus dalam hak kepada perumahan namun, skor paling rendah dicatatkan dalam hak kepada makanan, iaitu 63.9 peratus.

Dari segi keselamatan daripada negara, skor keseluruhan Malaysia ialah 7.1 daripada 10, antara ‘sederhana’ dan ‘baik’, manakala dalam kategori pemerkasaan pula, Malaysia hanya mencatatkan skor 4.8 daripada 10.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX