AMK selar kenyataan dibuat Pemuda UMNO

KUANTAN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Indera Mahkota menyelar kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ‘terlepas pandang’ dalam pelaksanaan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ketuanya, Ahmad Saifullah Razali berkata, kenyataan itu tidak berasas dan memperlihatkan ‘sikap populis tanpa mengambil kira konteks sebenar’ dasar fiskal semasa.

“Anwar bukan tokoh biasa, sebaliknya beliau adalah Menteri Kewangan pertama dalam sejarah negara yang membentangkan belanjawan lebihan (surplus) selama lapan tahun berturut-turut.

“Satu pencapaian yang tidak pernah diulangi oleh mana-mana Menteri Kewangan selepas itu.

“Ketika itu, Malaysia diiktiraf sebagai antara ‘Harimau Asia’ dengan pertumbuhan ekonomi antara tujuh hingga sembilan peratus setahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Saifullah menambah, Anwar turut menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa termasuk dari Euromoney, Asiamoney dan Bank Dunia, yang mengesahkan keupayaan serta integriti beliau dalam pengurusan ekonomi dan kewangan negara.

Katanya, reformasi cukai melalui SST yang sedang dilaksanakan ketika ini adalah sebahagian daripada pelan pemulihan fiskal yang mampan dan progresif.

“Sistem subsidi bersasar, kawalan harga teratur dan perluasan kutipan hasil negara adalah strategi jangka panjang untuk memastikan Malaysia bebas daripada ketirisan, rasuah serta ketergantungan luar,” katanya.

Related Posts

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PUTRAJAYA – Langkah UMNO supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) disegerakan perlu dipersoalkan sama ada benar-benar berlandaskan kehendak rakyat atau mempunyai motif tertentu. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Netizen puji PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen puji PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat