Perpustakaan perlu menyantuni keperluan generasi moden – PM Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar model perpustakaan di negara-negara serantau terus berevolusi seiring dengan perkembangan era digital bagi menarik minat masyarakat, khususnya golongan muda, untuk menjadikan perpustakaan sebagai gedung ilmu pilihan.

Anwar berkata, walaupun perpustakaan masih menunjukkan daya tahan yang kukuh, pendekatan baharu perlu digarap bagi menjadikan institusi itu sebagai pusat ilmu yang ceria, bertenaga dan terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat.

“Berita baiknya ialah, biarpun kita berdepan pelbagai cabaran dan kesukaran di Asia, perpustakaan tetap bertahan. Begitu juga dengan pustakawan, namun mereka menggalas tanggungjawab besar, bukan sekadar menyimpan dan menyusun buku, tetapi juga menyebarkan ilmu serta menjadikan perpustakaan sebagai pusat ilmu yang hidup dan ceria,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian Persidangan dan Mesyuarat Agung Kongres Pustakawan Asia Tenggara Ke-19 (CONSAL XIX) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di ibu negara, hari ini.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa pustakawan memainkan peranan penting dalam menarik minat orang ramai, terutamanya pelajar, untuk mengunjungi perpustakaan bukan semata-mata kerana kemudahan fizikal seperti penyaman udara, tetapi kerana kandungan ilmu yang ditawarkan.

“Saya pernah menyatakan sebelum ini bahawa pustakawan bertanggungjawab memastikan pelajar suka ke perpustakaan. Apabila mereka sampai ke sana, pustakawan mesti berupaya ‘memikat’ minat mereka dengan memperkenalkan bahan bacaan yang menarik dan menggalakkan mereka membaca,” jelasnya.

Dalam pada itu, Anwar menyatakan bahawa perpustakaan masa kini bukan lagi sekadar tempat untuk membaca dan mendapatkan ilmu melalui buku, malah perlu berfungsi sebagai medium aktiviti penyebaran ilmu yang lebih terbuka dan pelbagai.

“Masyarakat masa kini, khususnya golongan muda, mahukan perpustakaan yang menyediakan suasana tenang untuk membaca, namun dalam masa yang sama menawarkan ruang yang terbuka, hidup dan mempunyai kaitan rapat dengan budaya serta seni.

“Perpustakaan perlu menjadi tempat bukan sahaja untuk buku, tetapi juga bagi podcast, filem, pangkalan data, buku elektronik dan pelbagai lagi bentuk media yang mencerminkan cara pembelajaran dan penerokaan ilmu masa kini,” ujar beliau.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang; Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K. Saraswathy, dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan