PRN17 Sabah: Kehadiran jentera Perak tanda solidariti, bukan ambil peranan

TAWAU – Kehadiran jentera UMNO Perak ke Sabah adalah sebagai tanda solidariti serta usaha memperkukuh kekuatan UMNO Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), dan bukannya bertujuan mengambil alih peranan jentera tempatan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kehadiran jenteranya ke Kalabakan dan Tawau adalah selaras dengan arahan Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia untuk membantu gerak kerja parti di lapangan.

“Pagi ini di Kalabakan, petang nanti ke Tawau. Ini sebagai permulaan kepada usaha kita membantu sehingga hari pengundian nanti.

“Jumlah petugas dari Perak ke Sabah masih belum ditentukan kerana ia bergantung kepada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta keperluan semasa setiap kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kalabakan, di sini, pada Sabtu.

Menurut Saarani, pasukan yang hadir ke Sabah itu terdiri daripada pegawai dan anggota Biro Politik UMNO Perak yang membantu gerak kerja sehingga tamat tempoh kempen pilihan raya.

“Kita masih menunggu pengesahan jumlah kerusi yang akan ditandingi. Jadi jumlah petugas pun akan disesuaikan berdasarkan bilangan Pusat Daerah Mengundi (PDM), jumlah pengundi serta kekuatan jentera sedia ada,” katanya. 

Sementara itu, bercakap kepada media selepas Majlis Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tawau, Pengarah Program ‘Radu Tetap Radu’ merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Yakubah Khan menyifatkan bantuan jentera Semenanjung merupakan tradisi keluarga UMNO.

Katanya, kehadiran jentera itu bukanlah sesuatu yang luar biasa, sebaliknya mencerminkan semangat kekeluargaan dalam UMNO yang sentiasa utuh dan bersatu hati di seluruh negara.

“Kalau di Semenanjung berlaku pilihan raya seperti di Melaka dan Johor, UMNO dari Sabah juga turun padang membantu. 

“Maka, tidak timbul persoalan kenapa jentera dari Semenanjung perlu datang ke Sabah. 

“Ini adalah semangat kekeluargaan dalam UMNO yang sudah lama terjalin,” jelasnya. 

Mengenai penentuan calon di DUN Apas, Yakubah memaklumkan parti kini sedang meneliti 42 kawasan operasi bagi mengenal pasti lokasi strategik yang mampu menyumbang kemenangan kepada UMNO. 

“Penilaian sedang dibuat terhadap semua kawasan tersebut dan kita mahu pastikan setiap kerusi yang ditandingi mempunyai potensi untuk dimenangi, termasuk di DUN Apas. 

“Saya percaya UMNO akan mengulangi kejayaan pada PRN kali ini, terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung,” ujarnya.

Related Posts

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram