Kerajaan rangka dasar wajibkan pengehad kelajuan untuk kenderaan berat

PELAKSANAAN mandatori pengehad kelajuan (speed limiter) pada kenderaan berat sedang dirangka sebagai langkah memperkukuh dasar keselamatan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerajaan sedang merangka dasar baharu keselamatan jalan raya yang sedia ada dengan meneliti polisi secara menyeluruh termasuk mekanisme bagi menutup sebarang ruang manipulasi apabila ia dikuatkuasakan kelak.

“Kerajaan tidak akan berhenti dalam usaha memperkukuh dasar keselamatan jalan raya.

“Kami komited untuk melindungi pengguna jalan raya, terutamanya daripada ancaman pemandu tidak bertanggungjawab dan kenderaan berat yang tidak memenuhi piawaian keselamatan ditetapkan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Semalam, negara dikejutkan dengan nahas yang meragut nyawa 15 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) apabila bas sewa khas dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Tragedi itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas, selain pemandu serta tiga penumpang MPV jenis Perodua Alza.

Related Posts

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia melonjak ke kedudukan kedua dunia dalam penarafan The Passport Index Global Ranking 2026, meningkat satu anak tangga berbanding tempat ketiga tahun lalu. Menurut Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia