‘Ayah saya yang sepatutnya bawa bas itu’

PEMANDU bas yang sepatutnya memandu bas yang disewa khas oleh pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak menyangka kenderaan berkenaan mengalami kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak pada pagi Isnin.

Anaknya, Noraini Mat Seman berkata, bapanya, Mat Seman Che Lah ada menerima permintaan pihak pengurusan bas supaya menghantar pelajar berkenaan.

Bagaimanapun katanya, tidak mengambil tugasan berkenaan kerana mahu menghantar anak-anak pulang ke Kuala Lumpur selepas menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung.

“Abah menolak kerana mahu menghantar saya pulang ke Kuala Lumpur dengan kereta malam tadi. Kawan abah yang selalu bersamanya pula perlu menghadiri kenduri.

“Bas Noreen (Noraini) ambil bas lain, katanya pemandu lori untuk ganti abah saya kawan dia kerana ada hal,” katanya menerusi ruangan komen di Facebook, pada Selasa.

Dalam pada itu, Noraini mendoakan agar diberi kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan insan yang tersayang.

“Semoga Allah merahmati semua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang- orang yang beriman,” katanya.

Dalam pada itu tular di media sosial dakwaan bahawa seorang daripada pemandu diganti dengan pemandu lori namun syarikat bas terbabit menafikannya.

Pegawai Operasi Syarikat Kenari Utara Mohd Nazri Nawi berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali memandangkan pihaknya sudah membuat penelitian dan tapisan sebelum mengambil pemandu gantian berikutan pemandu asal tidak dapat bekerja semalam kerana masih cuti.

Beliau mengakui pemandu gantian itu diambil daripada syarikat bas lain namun pemandu terlibat (kemalangan) mempunyai pengalaman membawa bas termasuk bagi perjalanan jauh.

Media sebelum ini melaporkan polis akan menjalankan siasatan terperinci termasuk aspek pemandu dan teknikal bagi mengenal pasti punca kemalangan maut membabitkan 15 pelajar Sultan Idris (UPSI).

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok