Fahmi antara menteri PKR buat kerja, parti masih tunjang kepada kerajaan

PUTRAJAYA – PKR kekal sebagai tunjang penting dalam Kerajaan Perpaduan hari ini, bukan sekadar kerana parti itu memimpin melalui Presiden yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, Timbalan Ketua Cabang PKR Bukit Bintang, Gopiraj Nair berkata, dalam masa barisan Jemaah Menteri terdiri daripada menteri yang berkemampuan.

Katanya, sebagai contoh  menteri daripada PKR yang dilihat berjaya membawa perubahan adalah Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berkenaan.

“Beliau bukan sahaja membawa perubahan besar dalam pendekatan komunikasi kerajaan, malah telah memperkasakan keterbukaan maklumat, menangkis penyebaran berita palsu dan mendekatkan rakyat dengan dasar-dasar kerajaan melalui media digital.

“Saudara Fahmi adalah cerminan nilai yang dibawa oleh PKR iaitu integriti, ketelusan dan profesionalisme. Beliau bukan bekerja secara solo, ini adalah hasil usaha bersama dalam satu pasukan yang tersusun dan berprinsip,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pemilihan parti baru-baru ini, Gopiraj menyifatkan gelombang baharu dalam politik terserlah menerusi kematangan dan demokrasi yang terlaksana.

Katanya, dalam setiap pemilihan, sama ada parti atau awam, rasa kecewa adalah perkara biasa namun perlu ditegaskan semua proses pemilihan dalam PKR dijalankan secara telus, adil dan berintegriti.

“Nama parti kita adalah ‘KEADILAN’ dan prinsip keadilan itu bukan sekadar slogan, ia menjadi tunjang dalam setiap keputusan dan proses dalam parti.Kita sedang menyaksikan gelombang baharu dalam politik, rakyat dan ahli semakin matang dan mahukan barisan kepimpinan yang segar.

“Ini bukan perkara asing, malah turut berlaku dalam pemilihan DAP negeri dan juga pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baru-baru ini. Proses ini adalah tanda positif bahawa demokrasi dalaman hidup dan segar dalam parti reformasi seperti PKR,” katanya.

Tambahnya, setelah pemilihan selesai Angkatan Muda Keadilan (AMK) komited untuk terus menjadi jurucakap anak muda.

Gopiraj yang juga Exco AMK berkata, pihaknya akan memastikan tindakan dan usaha yang dilakukan sentiasa cermat dan bijaksana, khususnya dalam menangani isu-isu berkaitan generasi muda.

“Terlalu banyak maklumat palsu dan manipulasi di luar sana yang memesongkan pemahaman rakyat dan ini mesti dilawan dengan fakta dan keberanian. Kita tidak akan biar naratif palsu mendominasi ruang awam.

“Termasuklah (isu) peluang pekerjaan yang adil, pendidikan teknikal dan tinggi yang mampu milik, kesihatan mental yang sering diabaikan, serta kos sara hidup yang membebankan.

“AMK akan menjadi jambatan antara generasi muda dan pembuat dasar di Putrajaya. Kami mahu pastikan suara anak muda bukan sekadar didengar tetapi benar-benar diterjemah kepada dasar, program dan perubahan nyata,” katanya.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

ANGGOTA Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam