Peniaga rugi RM250,000 terpedaya skim pelaburan palsu

PADAWAN – Seorang peniaga wanita tempatan berusia lingkungan 60-an kerugian lebih RM250,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian tidak wujud yang diiklankan di media sosial.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, mangsa mendakwa melihat iklan pelaburan yang ditawarkan sebuah syarikat antarabangsa ketika melayari Facebook pada pertengahan Februari lalu.

“Tertarik dengan pulangan lumayan dalam masa singkat, mangsa menghubungi pentadbir kumpulan pelaburan berkenaan dan diminta memuat turun aplikasi ‘Mycdtl’ bagi memulakan pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, mangsa kemudiannya membuat beberapa transaksi secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek.

“Jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan melebihi RM250,000,” katanya.

Tambah beliau, mangsa hanya menyedari ditipu selepas gagal mengeluarkan ‘keuntungan’ seperti dijanjikan dan diarahkan pula membuat bayaran tambahan sebagai syarat untuk memproses komisen pelaburan.

Kes disiasat di bawah kesalahan penipuan pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan