Pemberhentian pekerja Petronas banyak babitkan pekerja kontrak – PM

PEMBERHENTIAN kira-kira 5,000 kakitangan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam proses penstrukturan semula syarikat minyak negara itu membabitkan penjawatan berstatus kontrak.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kabinet akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

“Ramai yang kontrak (ditamatkan perkhidmatan) dan kita akan keluarkan kenyataan nanti,” katanya kepada media di Dengkil, hari ini.

Terdahulu, beliau menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra, Dengkil.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, pihaknya mengurangkan 10 peratus pekerja dalam proses penstrukturan semula syarikat minyak negara itu.

Tengku Muhammad Taufik berkata, langkah itu susulan keadaan keseluruhan industri minyak dan gas tidak berapa baik pada masa ini.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok