MTUC Sabah desak tumpuan diberi kepada pemilihan semula kepimpinan

KOTA KINABALU – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sabah menggesa Jawatankuasa Bersama Khas (JBK) untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pemilihan semula kepimpinan baharu MTUC, seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Pengerusi MTUC Sabah, Mohd Airy Arin berkata, JBK sepatutnya melaksanakan Persidangan Perwakilan Khas (SDC) dalam tempoh 90 hari dari tarikh perintah mahkamah bertarikh 21 Februari 2025, namun gagal berbuat demikian.

“Sehingga kini, tiada pemimpin baharu dilantik dan MTUC masih belum dapat berfungsi secara menyeluruh dalam mewakili pekerja,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, meskipun JBK kini diberi lanjutan tempoh sehingga Ogos 2025, keutamaan mereka sewajarnya adalah menyegerakan proses pemilihan kepimpinan, bukan membuat keputusan di luar bidang kuasa.

Sebelum ini, pada 3 Jun, Pengerusi JBK, J Solomon mengeluarkan kenyataan menyelar tindakan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) kerana buat pertama kali gagal menghantar MTUC sebagai wakil pekerja dalam kalangan delegasi rasmi Malaysia ke Persidangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILC).

Bagaimanapun, bekas Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor menegaskan bahawa dari sudut perundangan, Pengerusi JBK tidak mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak MTUC kerana tiada kepimpinan rasmi pada masa ini selepas Presidennya, Mohd Effendy Abdu Ghani dilucutkan jawatan.

Buat pertama kali dalam sejarah penyertaan Malaysia di ILC, tiada wakil rasmi pekerja daripada MTUC dihantar ke forum penting itu susulan krisis dalaman berpanjangan yang melanda organisasi berkenaan.

ILC kini sedang berlangsung di Geneva, Switzerland dari 2 Jun hingga 13 Jun 2025.

“Perlu diingat, JBK tidak mempunyai mandat untuk menamakan atau mencalonkan mana-mana individu sebagai wakil MTUC ke ILC kerana peranan utama mereka hanyalah menjalankan pemilihan kepimpinan.

“ILC merupakan platform tripartite yang menghimpunkan wakil kerajaan, majikan dan pekerja, selaras dengan prinsip rundingan bersama dalam sistem buruh antarabangsa.

“MTUC Sabah menyeru agar mesyuarat majlis am diadakan segera bagi mengesahkan proses pemilihan, supaya MTUC dapat bangkit semula dan memainkan peranan penting mewakili kepentingan pekerja di negara ini,” katanya.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff