Meta dan X jangan lepas tangan, manfaatkan AI bendung jenayah siber

PUTRAJAYA – Sudah tiba masanya Meta dan X melakukan anjakan paradigma dalam mengubah dasar, memanfaatkan tekonologi secara pragmatif serta bekerjasama bersama pihak berkuasa bagi memastikan ruangan digital menjadi lebih selamat.

Pemerhati keselamatan siber dan geopolitik Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berpandangan, kecerdasan buatan (AI) perlu digunakan secara holistik dengan dilatih secara khusus untuk mengesan corak buli siber, penipuan, dan kandungan bunuh diri.

Menurut beliau, sistem pengesanan mesti menyaring mesej peribadi, komen, siaran langsung, dan kandungan visual secara automatik dan segera, selain menjalankan analisis naratif bagi mengenal pasti trend ancaman untuk menyalurkan maklumat ancaman semasa kepada rakyat secara telus berasaskan data.

“Sediakan butang laporan yang lebih mesra pengguna untuk kandungan berisiko dalam memberi kemudahan kepada orang ramai untuk bertindak lebih pantas selain menubuhkan pasukan pemantauan tempatan di Malaysia untuk mempercepatkan semakan laporan dalam konteks budaya dan bahasa yang relevan.

“Gunakan Garis Panduan Kandungan Berkaitan Bunuh Diri yang baru dilancarkan oleh Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) sebagai rujukan dalaman selain menawarkan modul pendidikan keselamatan siber dalam aplikasi, terutamanya kepada pengguna muda, mengenai kesan buli siber dan pengurusan krisis emosi,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil terhadap Meta dan X yang bersikap acuh tak acuh dalam menangani isu penipuan dan buli siber di Malaysia.

Merujuk kepada kematian tragik personaliti media sosial Rajeswary Appahu, atau dikenali sebagai Esha, akibat gangguan dalam talian tahun lalu, Fahmi memaklumkan banyak platform masih belum melaksanakan langkah yang kukuh untuk membendung buli siber, walaupun kerajaan telah memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024.

Dalam pada itu, Nur Ashikin berkata, keperluan untuk kedua-dua pengendali media sosial itu meningkatkan pengesahan akaun dan kawalan identiti bagi memastikan kerajaan dapat mengambil tindakan terhadap penjenayah siber.

Jelasnya, proses pengesahan identiti perlu diperketatkan untuk mencegah penyamaran akaun palsu yang sering digunakan sebagai modus operandi dalam penipuan dalam talian serta memberikan insentif kepada pengguna yang melengkapkan pengesahan akaun, seperti keutamaan capaian atau sokongan.

“Jalinkan kerjasama langsung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Majlis Media Malaysia. Sediakan juga data dan statistik berkaitan penipuan dan buli siber di platform mereka kepada pihak berkuasa untuk analisis dasar dan tindakan lanjut.

“Meta dan X juga perlu menganalisis naratif bagi mengenal pasti trend ancaman dan bekerjasama dengan penyedia platform sosial untuk menyalurkan maklumat ancaman semasa kepada rakyat secara telus dan berasaskan data.

“Pendekatan holistik ini bukan sahaja akan meningkatkan tahap keselamatan siber negara, malah turut membina modal insan yang lebih celik teknologi dan beretika dalam penggunaan ruang digital,” katanya.

Sehubungan itu, Nur Ashikin menegaskan, Meta dan X perlu mengutamakan keselamatan pengguna sebagai teras operasi mereka, jika ingin kekal relevan dan dipercayai oleh pengguna global,

“Kematian yang berlaku akibat gangguan digital bukan lagi kes terpencil, dan sudah sampai masa untuk tanggungjawab korporat dipikul dengan serius. Dengan menggabungkan teknologi, dasar awam, dan kerjasama antarabangsa, platform ini boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan hanya penyumbang kepada masalah,” katanya.

Related Posts

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

KANGAR – Polemik mengenai dakwaan kewujudan akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha menjatuhkan bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli kembali membara apabila Pemuda Pas Perlis dan Armada Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan