Malaysia boleh contohi Jepun majukan jelapang padi – Mat Sabu

MALAYSIA boleh mencontohi pendekatan Jepun dalam memajukan sektor penanaman padi, khususnya melalui penyediaan prasarana sistem kawalan banjir yang efisien.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sistem kawalan banjir di Jepun terbukti berkesan dan boleh disesuaikan dengan persekitaran di negara ini bagi memperkukuh pengeluaran padi tempatan.

“Saya percaya banyak perkara yang boleh kita pelajari dan sesuaikan dengan keadaan di Malaysia, antaranya sistem kawalan banjir mereka yang sangat efisien.

“Insya-Allah, teknologi seperti ini boleh dimanfaatkan dalam usaha memperkukuh pengeluaran padi negara yang kini hanya mencapai sekitar 60 peratus daripada keperluan sebenar,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mohamad kini dalam rangka lawatan kerja ke Jepun bagi memperluas kerjasama dalam sektor pertanian antara kedua-dua negara, selain mengadakan pertemuan dengan pemain industri pertanian di sana.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan kekaguman terhadap pendekatan moden dan penggunaan teknologi tinggi dalam bidang pertanian di Jepun, termasuk mesin penanam padi tanpa pemandu yang berasaskan teknologi maklumat (ICT).

“Ini merupakan contoh terbaik bagaimana sektor pertanian dapat dipermodenkan untuk menangani cabaran kekurangan tenaga kerja dan perubahan iklim,” ujarnya.

Dalam lawatan ke kawasan penanaman padi di Echizen, Jepun, beliau turut berkesempatan bertemu dengan anak Malaysia yang telah bekerja di sebuah syarikat pertanian di negara itu selama tiga tahun.

“Ini membuktikan bahawa anak-anak Malaysia juga mampu menguasai teknologi dan menceburi bidang pertanian bertaraf antarabangsa.

“Lawatan ini memberikan banyak input yang amat berguna, khususnya dalam usaha meningkatkan pengeluaran padi negara dan memperkukuh keselamatan makanan,” tambahnya.

Selain melawat kawasan penanaman padi, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, Koizumi Shinjiro di Tokyo bagi mengukuhkan kerjasama dua hala dalam sektor pertanian.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET