Kerajaan Johor terima peruntukan lebih RM20 juta perkasa industri makanan

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang menyalurkan peruntukan berjumlah RM23.4 juta bagi memperkasakan industri makanan negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, jumlah disalurkan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu merangkumi dua fasa.

“Sebanyak RM9.25 juta bagi Fasa 1 pada Februari lalu dan RM14.15 juta untuk Fasa 2 pada Jun baru-baru ini. Jumlah ini akan dimanfaatkan bagi Program Mengoptimumkan Penggunaan Tanah yang dilaksanakan secara kerjasama dengan kementerian berkenaan.

“Sebanyak 20 program atau projek berimpak tinggi yang menyokong Agenda Keterjaminan Makanan Negeri Johor meliputi usaha untuk memperkasakan amalan pertanian moden serta merancakkan industri asas tani dan industri akuakultur,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut beliau, pihaknya juga akan meningkatkan pengeluaran industri tenusu menerusi projek Jemaluang Dairy Valley (JDV), menaiktaraf Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), pembangunan industri nanas dan sawah padi, menaik taraf fasiliti pasar tani kekal dan pembangunan agropelancongan serta memperkasa belia tani di Negeri Johor.
 
Kerajaan Johor katanya akan terus memberikan komitmen penuh untuk memastikan setiap program atau projek berkenaan berjaya dilaksanakan demi memartabatkan lagi sektor agromakanan di negeri ini dan Malaysia amnya malah diyakini akan menghasilkan limpahan manfaat kepada seluruh Bangsa Johor.

Related Posts

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

LONG LAMA – Penganjuran Program Ngiling Bidai 2026 dan penyerahan bantuan bakul makanan menjadi platform terbaik memperkukuh kerjasama kerajaan, sektor korporat serta komuniti bagi merancakkan pembangunan sosioekonomi. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti