Madrid putuskan hubungan pertahanan dengan Israel

KEMENTERIAN Pertahanan Sepanyol pada Selasa mengarahkan penggantungan lesen pembuatan peluru berpandu yang dikeluarkan kepada syarikat Israel, sekali gus membatalkan kontrak bernilai €285 juta (RM1.57 bilion) bagi bekalan 168 sistem anti-kereta kebal Spike LR2 kepada Tentera Darat dan Kor Marin Sepanyol.

Menurut sumber kementerian kepada agensi berita Sepanyol EFE, langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha menyeluruh kerajaan Madrid untuk mengurangkan sepenuhnya pergantungan teknologi ketenteraan terhadap Israel berikutan operasi ketenteraan rejim itu di Gaza.

Pejabat Menteri Pertahanan, Margarita Robles, turut membatalkan kontrak yang dianugerahkan pada Oktober 2023 kepada Pap Tecnos, anak syarikat tempatan kepada firma pertahanan Israel, Rafael Advanced Defense Systems, lapor Anadolu.

Kontrak yang dibatalkan itu merangkumi 168 pelancar, 1,680 peluru berpandu Spike LR2 dan sokongan logistik penuh. Sebagai alternatif, kementerian pertahanan sedang meneliti sistem buatan Amerika Syarikat, FGM-148F Javelin, yang dibangunkan oleh Raytheon dan Lockheed Martin.

Sebelum ini, kementerian mempertahankan kontrak berkenaan atas faktor keusangan sistem peluru berpandu sedia ada dan keupayaan teknikal Rafael sebagai satu-satunya pembekal yang layak. Namun, pendirian itu berubah selepas peluru berpandu Spike LR2 didakwa digunakan oleh Israel dalam serangan ke atas Gaza, sekali gus mencetuskan kontroversi.

Tindakan tegas Sepanyol ini turut menyusul enam minggu selepas Perdana Menteri Pedro Sánchez mengarahkan Kementerian Dalam Negeri membatalkan kontrak pembelian lebih 15 juta butir peluru buatan Israel.

Minggu lalu, Setiausaha Negara bagi Pertahanan, Amparo Valcarce, memaklumkan bahawa Sepanyol sedang merangka pelan pemisahan teknologi bagi memastikan tiada kebergantungan pada produk pertahanan Israel pada masa hadapan.

Walaupun tiada urus niaga penjualan senjata aktif dengan Israel ketika ini, Valcarce mengakui beberapa program sedia ada masih bergantung kepada syarikat Israel, justeru memerlukan pelan keluar yang berkesan.

Related Posts

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

MOSCOW – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan dia menjalani peperiksaan kognitif tanpa sebarang kesilapan buat kali keempat dan mencatatkan keputusan yang sangat cemerlang. “Keputusan Pemeriksaan Fizikal saya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

WASHINGTON – Tahap keselamatan bekalan bahan api sepanjang musim panas yang menyaksikan permintaan memuncak dijangka berdepan risiko, jika penghantarannya melalui Selat Hormuz tidak kembali beroperasi seperti biasa. Amaran terbabit dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai