Sokong Yusoff Rawther, apa motif PN berpakat dengan penyokong Zionis Israel?

PUTRAJAYA – Tindakan Perikatan Nasional (PN) memberikan sokongan kepada Muhammed Yusoff Rawther membuktikan pembangkang hanya bermain wayang dalam memperjuangkan rakyat Palestin.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman berkata, sokongan pembangkang terhadap individu tersebut jelas mempamerkan wajah sebenar hipokrasi politik dan pengkhianatan pembangkang terhadap umat Islam di Gaza.

Beliau yang juga dikenali sebagai dikenali Altimet memaklumkan, Muhammed Yusoff menerusi surat terbuka pada 2017 dengan ‘riaknya’ menyatakan dirinya sebagai “One Malaysian, Standing with Israel”.

“Yusoff juga menolak hak Palestin ke atas Baitulmaqdis, menuduh solidariti dunia Islam sebagai “naratif ciptaan media” dan melabel perjuangan Palestin sebagai anti-Semitik dan bodoh.

“Pandangan itu terang-terangan bertentangan dengan prinsip asas umat Islam dan pendirian Malaysia sebagai penyokong tegar perjuangan Palestin. PN yang sering menjaja imej mereka sebagai pejuang Islam,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Altimet yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya berkata, tindakan Yusoff membawa isu ini ke mahkamah sekarang di tengah cabaran besar negara mencerminkan satu perkara: kepentingan peribadi mengatasi kepentingan negara.

“Adakah prinsip mereka hanya digunakan apabila berhadapan dengan musuh politik? Jika kenyataan Yusoff datang daripada individu prokerajaan, PN sudah tentu akan bertempik di jalanan dan menuntut permohonan maaf terbuka.

“Bagaimanapun, apabila perkara itu datang daripada individu yang menyerang Perdana Menteri, tiba-tiba semuanya senyap,” katanya.

Menurut beliau, PN tidak boleh bermain dua watak dalam satu masa dan tidak boleh berkempen atas nama Islam tetapi memberi sokongan politik kepada individu yang pernah membela Israel dan menghina umat Islam.

“Ini bukan isu politik biasa. Ini soal asas akidah, maruah negara, dan kredibiliti moral dan rakyat berhak bertanya; Kenapa PN bersekongkol dengan individu yang berdiri bersama Israel, saat Palestin masih dibom dan dizalimi,” katanya.

Yusoff Rawther sebelum ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain terlibat dengan dakwaan kes dadah dan menerima sokongan daripada ahli politik dari PN.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu