Imaginasi kosong, Amirudin nafi dirisik menjadi menteri Kabinet

PENGOSONGAN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua hanya imaginasi individu tertentu, kata Datuk Seri Amirudin Shari.

Menteri Besar Selangor itu memberi reaksi demikian susulan perkara itu didendangkan oleh pihak tertentu di media sosial kononnya beliau akan mengosongkan DUN Sungai Tua untuk memberi laluan kepada Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertanding pada pilihan raya kecil (PRK).

Amirudin berkata, beliau secara peribadi mahu melengkapkan tugasnya pada penggal ini dengan sempurna dan damai.

“Setakat ini cakap-cakap itu masih lagi cakap kosong dan saya rasa individu terbabit ada imaginasi.

“Dia cuba letakkan imaginasi dia itu kepada awam melalui hantaran dikeluarkan di media sosial dan sebagainya.

“Ia bukan sesuatu yang mudah (untuk mengosongkan DUN Sungai Tua). Ia perlukan penelitian jitu dalam hal berkenaan,” katanya selepas Majlis Penyerahan E-Bike kepada Polis Selangor di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Selangor di Shah Alam, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Datuk Saipolyazan M Yusop.

Amirudin yang juga Naib Presiden PKR menegaskan, tumpuan beliau kini terhadap meluruskan kepimpinan dan memberi fokus menangani beberapa isu mengenai keutuhan Kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Berhubung kekosongan itu (jawatan menteri), saya rasa itu kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan memutuskannya,” katanya.

Amirudin juga segera menafikan beliau sudah ‘dirisik’ untuk jawatan menteri Persekutuan jika mengosongkan DUN Sungai Tua.

“Setakat ini tak ada (risikan) kerana itu hanya cakap-cakap saja,” katanya.

Pada masa sama , Amirudin tidak menafikan kecemerlangan yang ditunjukkan Tengku Zafrul sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Kita berbesar hati beliau memilih wadah PKR sebagai wadahnya dan saya pernah sebutkan sebelum ini, adalah lebih baik dia menyertai rakan dalam gabungan.

“Sekurang-kurangnya, dia masih lagi memberikan sokongan dan juga kepakaran berbanding beliau menjadi pembangkang serta menyerang,” katanya.

Related Posts

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

UMNO perlu berani membersihkan namanya daripada sebarang persoalan yang timbul susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji sekiranya benar-benar mahu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak