Perdana Menteri kupas empat karya agung dalam podcast sulung Telaah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyertai episod sulung podcast Telaah anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selepas merasmikan penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025.

Dalam siaran tersebut, beliau mengupas empat buah karya daripada perpustakaan peribadinya yang menyentuh aspek sejarah, pemikiran dan jati diri bangsa, iaitu Kemiskinan Melayu dan Jalan Kepulihan oleh Pendeta Za’ba, Jejak-jejak di Pantai Zaman karya Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, Islam dan Sejarah Kebudayaan Melayu oleh Profesor Diraja Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas serta Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat oleh Allahyarham Datuk Dr. Siddiq Fadzil.

Anwar berkata, karya-karya tersebut membawa nilai penting dalam membina kekuatan negara bangsa.

Za’ba menyoroti kemiskinan secara menyeluruh, termasuk aspek akhlak dan budi, manakala Ungku Aziz menekankan pendekatan ekonomi desa yang menyeluruh dalam menangani kemiskinan.

Pemikiran Syed Naquib pula digariskan sebagai pencetus kesedaran terhadap keilmuan Melayu-Islam, sementara karya Siddiq Fadzil menghuraikan ciri-ciri Melayu yang inklusif, berakar pada akidah dan jati diri dalam realiti masyarakat majmuk.

Platform Telaah dilihat sebagai medium baharu yang dapat memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap warisan pemikiran tempatan.

Perdana Menteri menyeru agar program sebegini diteruskan untuk mengangkat budaya membaca secara mendalam dan berkesan.

Secara berasingan menerusi hantaran di Facebook rasmi, Anwar juga berharap agar PBAKL terus menjadi wadah utama dalam memupuk budaya membaca serta menghimpunkan pemikir, penulis dan pencinta ilmu dari seluruh negara.

Ketika majlis penutupan PBAKL edisi ke-42, beliau menekankan pentingnya pembudayaan ilmu dalam kalangan masyarakat sebagai asas kemajuan negara.

“Tiada siapa akan melonjak ke depan tanpa penguasaan ilmu yang menyeluruh, dan ini hanya boleh dijayakan dengan menghidup serta menggerakkan budaya membaca yang mekar dan berterusan dalam masyarakat,” katanya.

Beliau turut mengumumkan pemberian baucar buku kepada semua guru sekolah di seluruh negara sebagai pengiktirafan terhadap peranan guru dalam mencetuskan minat membaca.

“Guru merupakan agen terawal yang membentuk kecintaan terhadap ilmu di dalam bilik darjah. Peranan ini amat penting dan perlu terus didukung,” katanya.

Inisiatif tersebut dilihat sebagai langkah memperkukuh ekosistem pendidikan yang menjadikan budaya membaca sebagai tunjang pembangunan modal insan negara.

Related Posts

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam
  • AdenAden
  • September 5, 2026

IPOH – Seorang lelaki yang ditetak dengan parang hingga cedera parah oleh sekumpulan lelaki, di sini pada Selasa lalu disyaki berpunca daripada dendam dan tidak puas hati terhadap mangsa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

  • By Fatin
  • September 7, 2026
Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200