Abang bomba jadi wira selamatkan dua beradik berpelukan rumah terbakar

ALOR SETAR – Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan nyawa dua beradik yang terperangkap di tingkat atas sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Kota di sini yang terbakar pada hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 10.16 pagi dengan jentera pertama tiba di lokasi hanya lima minit kemudian.

Menurutnya, pegawai operasi melaporkan struktur rumah itu termasuk sebuah kereta Proton Wira mengalami kemusnahan 70 peratus manakala lapan buah motosikal pula hangus sepenuhnya.

“Dalam operasi menyelamat, anggota bomba berjaya mengeluarkan dua mangsa kanak-kanak yang terperangkap di tingkat atas rumah.

“Mereka ditemukan dalam keadaan selamat sebelum dibawa keluar menggunakan laluan khas yang telah disediakan,” katanya .

Jelas Wan Azizul, kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.37 pagi dengan bantuan 36 anggota bomba, termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari beberapa kawasan berhampiran.

Menurutnya, operasi memadam kebakaran berjalan lancar dengan menggunakan satu aliran hos dan pancutan air dari tangki jentera bagi mengawal api daripada merebak ke kawasan sekitar.

“Kerja-kerja overhaul dijalankan bagi memastikan sisa kebakaran tidak menjadi punca nyalaan semula. Operasi akhirnya ditamatkan pada jam 12.16 tengah hari,” ujarnya.

Semasa kejadian tersebut, tiga beradik berada di rumah dan abang sulung berusia tujuh tahun telah berlari keluar untuk meminta bantuan dan memaklumkan dua adiknya berusia empat dan tiga tahun berada di tingkat dalam keadaan berpelukan.

Sementara itu, ibu kepada mangsa dikenali Siti Naziana, berkata, ketika kejadian dia bersama dua anak berusia lima dan dua tahun dalam perjalanan ke klinik di Simpang Kuala.

Menurutnya, lebih kurang jam 10 pagi dia mendapat panggilan dari jiran memaklumkan tentang kejadian tersebut sebelum bergegas pulang ke rumah.

Lapan motosikal yang hangus pula adalah milik pelanggan suaminya yang bekerja sebagai mekanik di Jalan Sultan Abdul Halim, dekat sini.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

KUALA NERANG – Debu letusan gunung berapi di Indonesia bukan perkara asing di negara ini apabila bukti geologi menunjukkan ia pernah tersebar dan meninggalkan bahan itu di beberapa kampung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas