JKOM bukan agensi propaganda, sebaliknya fungsi kukuh semangat kenegaraan

KOTA KINABALU – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) bukan sebuah agensi propaganda politik seperti yang disalahertikan oleh sesetengah pihak, sebaliknya bertanggungjawab dalam mendidik rakyat untuk celik pemikiran dalam konteks kenegaraan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop, persepsi negatif terhadap jabatan ini harus diperbetulkan kerana ia merupakan agensi di bawah Kerajaan MADANI yang bernaung di bawah Kementerian Komunikasi.

“Kita ini daripada JKOM, orang melihat JKOM ini macam sebuah agensi propaganda politik mewakili kerajaan.

“Saya fikir persepsi ini kita kena betulkan sebab agensi ini adalah sebuah agensi di bawah kerajaan MADANI diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan TMP selepas berucap slot khas dalam Forum Ekonomi Belia, Aspirasi MADANI Dalam Membangun Sabah Maju Jaya, di Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa walaupun kerajaan datang dan pergi, usaha membina negara bangsa tidak boleh terhenti.

“JKOM membawa tanggungjawab untuk memastikan rakyat memahami asas-asas kenegaraan yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

“Siapa juga yang jadi kerajaan, tanggungjawab ini ialah jaga negara,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa konsep Malaysia MADANI bukan sekadar slogan, tetapi satu kerangka membina tamadun berasaskan ideologi dan prinsip negara bangsa.

“Kita kena jadikan MADANI ini sebagai gelombang rakyat, MADANI ini bukan milik Anwar Ibrahim, bukan milik Hajiji, bukan milik mana-mana kerajaan.

“Tapi ini milik rakyat, milik semua orang, kita yang kena pertahankan, kita yang kena jaga sebab MADANI ini ialah proses membina negara bangsa,” katanya.

Selain itu, kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus diperkasa. 

“Saya tidak kisah siapa pun yang datang. Kalau betul-betul serius, bawa saja bahan pembentangan anda kita sedia bantu. 

“Kita memang berkolaborasi dengan banyak pihak,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar