Sabah lancar Majlis TVET negeri, perkukuh lanskap TVET

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melancarkan Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai usaha memperkukuh lanskap TVET yang kini memainkan peranan besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji berkata Majlis TVET akan berfungsi sebagai entiti penyelerasan dasar dan hala tuju TVET di Sabah.

“Peranan Majlis TVET Sabah amat signifikan dalam banyak aspek seperti menyeleraskan dan memantau program latihan agar menepati kehendak industri.

“Menjadikan platform bagi permohonan dana pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Memperkasa peranan tenaga pengajar dan fasiliti latihan agar sejajar dengan perkembangan Revolusi Industri Keempat serta menjadikan TVET sebagai pilihan utama belia, bukan sekadar altenatif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Majlis TVET Sabah (MTS) di sini pada Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Ill merangkap Menteri Kerja Raya Negeri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya.

Jelas Hajiji, Majlis TVET juga berperanan dalam memastikan latihan yang ditawarkan benar-benar relevan dengan kehendak industri serta memacu kebolehpasaran graduan ke arah pekerjaan tinggi dan keusahawanan berdaya saing.

Tambahnya, ia bukan sekadar struktur pentadbiran, tetapi platform strategik yang menyatukan agensi kerajaan, institusi latihan, sektor industri dan pemain utama TVET dalam satu ekosistem tersusun dan inklusif.

Pada majlis sama, turut diadakan upacara pertukaran dokumen Memoradum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) bersama Energy Commission of Sabah (ECOS) dan pertukaran MoU antara JPSM dan The Welding Institute Technology (TWI).

Terdahulu turut diadakan majlis menandatangi MoU di antara JPSM yang diwakili Pengarahnya, Kamsiah Ibrahim dan TWI yang diwakili Pengurusnya, Anizar Abu Bakar yang disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Related Posts

ADUN Tellian cadang tubuh DUN Belia Sarawak sebagai platform kepimpinan muda

KUCHING – Penubuhan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Sarawak dicadangkan sebagai sebuah platform rasmi bagi memperluas penglibatan golongan muda dalam pembentukan dasar negeri, selain berfungsi melahirkan pelapis kepimpinan masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
IPU Sandakan cecah 112, berada pada tahap tidak sihat

SANDAKAN – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sandakan mencatatkan 112 setakat pukul 3 petang, sekali gus meletakkan kawasan itu dalam kategori tidak sihat. Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ADUN Tellian cadang tubuh DUN Belia Sarawak sebagai platform kepimpinan muda

ADUN Tellian cadang tubuh DUN Belia Sarawak sebagai platform kepimpinan muda

Had tempoh jawatan PM, pengasingan kuasa pendakwaan dibincang Majlis Raja-Raja

Had tempoh jawatan PM, pengasingan kuasa pendakwaan dibincang Majlis Raja-Raja

Parlimen bebas selepas 33 tahun, Azalina puji langkah Anwar

Parlimen bebas selepas 33 tahun, Azalina puji langkah Anwar

IPU Sandakan cecah 112, berada pada tahap tidak sihat

  • By Fandi
  • October 15, 2026
IPU Sandakan cecah 112, berada pada tahap tidak sihat

Kelewatan Pan Borneo Fasa 1A libat pelbagai cabaran – Salleh

Kelewatan Pan Borneo Fasa 1A libat pelbagai cabaran – Salleh

Puad persoal idea ekonomi Hamzah, tindakan Rafizi lepas kerusi Pandan

Puad persoal idea ekonomi Hamzah, tindakan Rafizi lepas kerusi Pandan