Gabungan BN, PH Plus terbuka pada parti tempatan, asalkan ikhlas jamin pembangunan Sabah

LAHAD DATU – Dalam mendepani Pilihan Raya ke-17 Sabah akan datang, gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Plus bersikap terbuka dan inklusif terhadap parti-parti tempatan.

Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, perkara yang terpenting gabungan itu adalah keikhlasan menjamin kestabilan dan pembangunan negeri ini. 

“Bagaimana yang Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi katakan bahawa gabungan kita adalah BN, PH Plus iaitu di mana kita terbuka untuk bekerjasama dengan parti-parti tempatan.

“Jadi kita tidak khususkan mana parti tempatan, tapi kita agak terbuka. 

“Orang Sabah sudah bosan dengan permainan politik kerana mereka ingin melihat sebuah kerajaan yang stabil dan saya yakin sungguh kombinasi BN, PH Plus adalah satu platform yang terbaik untuk menentukan Sabah akan terus maju ke hadapan,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Berkelompok Bahagian Lahad Datu, pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata, isu memperjuangkan hak Sabah bukanlah hak parti politik sama ada tempatan atau nasional. 

Katanya, perjuangan itu adalah hak rakyat Sabah sendiri yang bersuara dan lantang memperjuangkan hak mereka. 

“Jadi adalah salah kalau kita katakan bahawa perjuangan untuk Sabah ini adalah sekadar untuk parti-parti tempatan saja. 

“Kalau kita lihat sekarang, yang memperjuangkan hak Sabah ini adalah orang Sabah sehinggakan sekarang perlembagaan telah dipindah untuk memasukkan MA63 dalam perlembagaan tersebut.

“Ini adalah hasil daripada perjuangan Kerajaan Persekutuan dan juga orang-orang Sabah,” tegasnya.

Related Posts

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap

KOTA KINABALU – Sabah muncul sebagai negeri mencatat jumlah pendaftaran tertinggi bagi kategori baharu Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) melibatkan Sektor Pengangkutan Darat (Persendirian Syarikat – Jip dan Pikap), sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

PKR nafi Nicky Liow ahli parti

PKR nafi Nicky Liow ahli parti

Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta