Anwar, Putin adakan rundingan perkukuh hubungan dua hala dan isu serantau

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu, menurut laporan agensi berita TASS.

Menurut perkhidmatan akhbar Kremlin, perbincangan antara kedua-dua pemimpin akan memberi tumpuan kepada bidang utama kerjasama dua hala, termasuk politik, perdagangan dan ekonomi. Mereka turut dijangka merangka langkah-langkah baharu untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

Selain itu, Putin dan Anwar juga akan bertukar pandangan berhubung perkembangan semasa di peringkat antarabangsa dan serantau yang semakin mencabar.

Pertemuan ini merupakan susulan kepada pertemuan terakhir mereka yang berlangsung pada September 2024, pada Forum Ekonomi Timur (EEF) di Vladivostok.

Malaysia dan Rusia mempunyai pendirian yang selari dalam pelbagai isu serantau dan global, serta bekerjasama secara aktif menerusi platform antarabangsa seperti ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Penyertaan rasmi Malaysia sebagai negara rakan kepada BRICS pada Januari 2025 turut membuka lembaran baharu dalam hubungan strategik dengan negara-negara anggota, termasuk Rusia.

Sehingga kini, sebanyak 20 perjanjian kerjasama telah dimeterai antara Malaysia dan Rusia merangkumi pelbagai sektor.

Duta Besar Rusia ke Malaysia, Nail Latypov memaklumkan bahawa nilai perdagangan dua hala antara kedua-dua negara mencecah sekitar AS$2.5 bilion (RM10.78 bilion) pada akhir tahun 2024.

Antara eksport utama Rusia ke Malaysia termasuk mineral mentah, minyak dan produk kimia, manakala Malaysia mengeksport getah, jentera dan barangan pertanian ke Rusia.

Pertemuan Anwar dan Putin ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh rangka kerjasama sedia ada serta memperluas hubungan strategik Malaysia di peringkat global.

Related Posts

Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia ditahan bawa 4 kilogram ganja hidroponik di Chennai

CHENNAI – Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa India selepas dipercayai membawa 4.033 kilogram (kg) ganja hidroponik gred tinggi menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, India. Penahanan itu dilakukan pegawai Unit…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan serta merta RCI Tabung Haji direstui Kabinet, tangkapan individu penting sudah dilaksana

Siasatan serta merta RCI Tabung Haji direstui Kabinet, tangkapan individu penting sudah dilaksana

Ahli Parlimen PN bertindak keluar dewan, tak sertai sesi penerangan Menteri RCI TH

Ahli Parlimen PN bertindak keluar dewan, tak sertai sesi penerangan Menteri RCI TH

PM mohon maaf tidak hadir Sidang Khas RCI Tabung Haji

  • By Aden
  • August 11, 2026
PM mohon maaf tidak hadir Sidang Khas RCI Tabung Haji

Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

  • By Fatin
  • August 11, 2026
Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan