Polis Marin Sandakan rampas 2,500 liter minyak sawit seludup

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya merampas 2,500 liter minyak sawit mentah (CPO) disyaki minyak sawit seludup di Batu 25, Kampung Garinono, di sini, pada Isnin.

Menurut kenyataan PPM Wilayah 4, pasukan operasi yang menjalankan operasi rutin menahan sebuah lori yang membawa muatan mencurigakan di bahu jalan kampung berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan terhadap lori tersebut menemui enam tangki jenis ABC berkapasiti 1,000 liter setiap satu dengan tiga daripadanya mengandungi minyak sawit mentah dianggarkan berjumlah 2,500 liter.

“Kesemua barang kes termasuk lori serta pemandu telah dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM143,000 dan kes disiasat mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998” kata kenyataan tersebut. Sehubungan itu, PPM Wilayah 4 menegaskan komitmen berterusan mereka dalam membanteras kegiatan penyeludupan yang boleh mengancam keselamatan dan ekonomi negara.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan