Lawatan rasmi PM ke Rusia dari 13-15 Mei, perkukuh hubungan dua hala

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan lawatan rasmi ke Rusia dari 13 sehingga 16 Mei atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan, lawatan ini dijangka memperkukuh hubungan dua hala serta membuka ruang kerjasama baharu antara kedua-dua negara.

Lawatan empat hari itu melibatkan kunjungan ke Moscow dari 13 hingga 15 Mei dan Kazan, Tatarstan pada 15 dan 16 Mei.

“Perdana Menteri juga akan menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa ‘KazanForum’ Ke-16 atas jemputan Rais Republik Tatarstan, Tuan Yang Terutama Rustam Minnikhanov,” katanya menerusi siaran langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri di Facebook.

Di Moscow pula, Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO) dan mengadakan pertemuan dengan ahli perniagaan Rusia dan diaspora Malaysia di sana.

“Semasa di Kazan, Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama semasa sesi plenari KazanForum pada 16 Mei selain menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Strategik Vision Group serta mengadakan pertemuan dengan Rais Tatarstan,” katanya.

Lawatan ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik, ekonomi dan strategik dengan Rusia dalam pelbagai bidang.

Related Posts

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Negara Islam perlu bersatu tangani konflik Asia Barat – Anwar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara Islam perlu memperkukuh perpaduan dan memainkan peranan lebih aktif dalam usaha menghentikan konflik serta keganasan berpanjangan di Asia Barat. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya