Penjawat awam diingat terus pegang integriti, elak salah guna kuasa

TAWAU – Penjawat awam diingatkan terus mematuhi nilai-nilai integriti dengan memegang akauntabiliti yang tinggi dan tidak tergoda oleh sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah yang diterbitkan oleh Transparency International pada tahun 2024, Malaysia berada di kedudukan kedua dalam kalangan negara ASEAN selepas Singapura, dengan skor 50 mata.

“Walau bagaimanapun, setiap rakyat Malaysia perlu berganding bahu merealisasikan visi negara untuk berada dalam 25 negara teratas menjelang 2033, melalui komitmen bersama membanteras rasuah dan membina masyarakat yang bersih, telus serta berintegriti.

“Saya percaya bahawa tanggungjawab ini lebih penting dan harus diamalkan oleh setiap penjawat awam untuk memastikan mutu akauntabiliti dan ketelusan dalam pentadbiran sektor awam terus ditingkatkan,” katanya semasa berucap dalam Program pada Program MADANI Rakyat di Dewan Masyarakat Tawau, pada Ahad.

Shamsul turut mengingatkan agar penjawat awam memelihara imej negara ketika berurusan dengan perkara yang memiliki nilai sensitif kepada negara, seperti bendera atau isu yang menyentuh 3R iaitu kaum, agama, dan institusi Raja.

Beliau mengambil contoh insiden melibatkan dua orang penjawat awam yang terlibat dalam kesilapan paparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dan kes paparan Jalur Gemilang dalam keadaan tidak lengkap yang dikeluarkan dalam sebuah akhbar Cina juga menunjukkan kelemahan dalam pengurusan.

“Kesalahan seperti ini mencemar kedaulatan negara yang seharusnya dihormati dan dijaga dengan penuh integriti oleh setiap penjawat
awam.

“Justeru, peliharalah nilai taat setia dalam diri masingmasing, bukan sekadar pada lafaz semata-mata, tetapi pada setiap tindakan, keputusan dan amanah yang dipikul,” tegasnya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa; Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop dan ketua-ketua jabatan Persekutuan dan Negeri serta lebih 800 penjawat awam.

Related Posts

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-79 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Menerusi ucapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Empat cedera kemalangan bas, treler

Empat cedera kemalangan bas, treler