Nurul Izzah raikan pengorbanan ibu, wanita sempena Hari Ibu

NAIB Pengerusi PKR, Nurul Izzah Anwar, menyampaikan penghargaan mendalam kepada semua ibu, penjaga dan wanita menjadi cahaya dalam kehidupan insan lain, sambil mengenang pengorbanan ibunya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, sebagai simbol kekuatan wanita dalam perjuangan negara.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Nurul Izzah menggambarkan pelbagai peranan yang dimainkan oleh wanita, daripada membesarkan anak-anak sambil bekerja sepenuh masa, hinggalah menjadi ketua keluarga yang menjaga ibu bapa uzur.

Beliau menzahirkan kekaguman terhadap ketabahan wanita dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Nurul Izzah turut mengimbau kembali detik getir tahun 1998, ketika keluarganya diuji susulan gerakan Reformasi. Ketika itu, ibunya, Wan Azizah merupakan doktor mata memimpin gerakan imi setelah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditahan.

“Beliau adalah pemimpin yang tidak berganjak dari prinsip, walaupun ditawarkan jawatan tertinggi negara, beliau memilih untuk mendahulukan perpaduan dan kestabilan. Itu lah kekuatan sebenar seorang wanita,” katanya di Facebook pada Ahad.

Nurul Izzah tidak lupa memberi penghormatan kepada wanita-wanita lain yang menjadi tunjang gerakan Reformasi, termasuk Makcik Norhina yang membuka markas pertama Reformasi di Sepanggar, Sabah, serta para ibu yang menjelah ke seluruh negara membawa suara Reformasi.

Beliau turut menyentuh ketabahan wanita di Gaza yang tetap berperanan mendidik dan menyuluh harapan meskipun berdepan kancah peperangan.

“Mereka semua, ibu kita, sahabat kita, Ibu Reformasi kita adalah sumber kekuatan yang tidak ternilai,” katanya.

Nurul Izzah mengirimkan doa buat semua “Ibu Reformasi” yang telah meninggal dunia, dan berjanji akan meneruskan perjuangan dengan semangat mereka dalam jiwa.

“Al-Fatihah buat semua Ibu Reformasi yang telah kembali ke rahmatullah. Insya-Allah, kami teruskan langkah ini dengan semangat kalian dalam jiwa kami,” ujarnya.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

KUALA LUMPUR – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan dibahaskan dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat esok. Berdasarkan takwim Mesyuarat Khas Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara