Boleh beli beras tempatan maksimum 5 kampit

PUTRAJAYA – Kerajaan meningkatkan had pembelian beras putih tempatan (BPT) bersubsidi daripada dua kampit kepada lima kampit bagi setiap transaksi, untuk menggalakkan pengguna membeli beras tempatan dan mengelakkan lambakan stok di pasaran.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat 5 Mei lalu lebih empat juta kampit BPT bersubsidi diagihkan ke seluruh negara namun sambutan daripada pengguna belum memuaskan.

“Inilah cabaran kita hadapi hari ini apabila sesuatu yang baik ditawarkan belum tentu diterima.

“Realitinya, pengguna Malaysia masih cenderung memilih beras berdasarkan jenama,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Bagi mengubah corak pemilihan beras dalam kalangan pengguna, Mohamad mengumumkan pelancaran kempen nasional bertemakan ‘Saya Pilih Beras Tempatan’ yang dijadual bermula bulan hadapan.

Beliau berkata kempen itu bukan sekadar inisiatif komunikasi, sebaliknya gerakan untuk meningkatkan kesedaran pengguna bahawa beras tempatan bukan sahaja setanding dari segi kualiti dan rasa, malah memberi nilai ekonomi dan strategik yang besar.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram