Sultan Pahang kecewa tahap penguatkuasaan isu ceroboh tanah

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah kecewa dengan tahap pencerobohan tanah di negeri itu berlaku seperti tiada penguatkuasaan.

Oleh itu, baginda bertitah agar tindakan penguatkuasaan ke atas penerokaan tanah secara haram diteruskan dan dipertingkatkan.

Baginda dukacita terhadap aktiviti pencerobohan 10,600 hektar tanah di Raub dengan penanaman durian secara haram.

“Kalau (pencerobohan tanah) ini dibiarkan seolah-olah kita tidak ada pihak penguat kuasa, tidak ada pejabat hutan, tidak ada pejabat tanah, tidak ada pejabat MB (Menteri Besar) dan sebagainya.

“Kita boleh berusaha untuk menoktahkan perkara ini secara berperingkat-peringkat.

“Tak boleh buat secara mengejut dan sekali gus (kerana) itu mungkin susah sikit,” titah baginda selepas mencemar duli meninjau kawasan penerokaan haram durian Musang King di Hutan Simpan Sungai Klau, dekat Raub, hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Seperti yang saya nyatakan dalam Dewan Negeri tempoh hari, saya berkehendakkan amalan aktiviti pencerobohan ini dinoktahkan dengan sebaik dan secepat mungkin,” titah baginda lagi.

Related Posts

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

MELAKA – Jumlah pengundi yang bakal melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini kira-kira seramai 687,697 orang berbanding PRN sebelum itu. Ia berdasarkan rekod…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MIRI – Ruang bandar yang kurang dimanfaatkan boleh diberikan fungsi baharu bagi mewujudkan kawasan komuniti lebih aktif serta menggalakkan kegiatan sukan, rekreasi dan interaksi sosial. Datuk Bandaraya Miri merangkap Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji