94 PATI ditahan dalam operasi Imigresen di Penampang

PENAMPANG – Seramai 94 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Gempur Bersasar yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah) di sekitar daerah ini pada Rabu.

Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Siti Saleha Habib Yussof, operasi berkenaan dijalankan susulan aduan dan risikan selama seminggu melibatkan kawasan tapak binaan di sekitar Penampang dengan 165 individu diperiksa.

“Daripada jumlah itu, seramai 94 orang PATI ditahan kerana disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63.

“Mereka terdiri daripada 60 lelaki dewasa, 12 wanita dewasa, 11 kanak-kanak lelaki dan 11 kanak-kanak perempuan.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Kota Kinabalu untuk dokumentasi dan siasatan lanjut kerana dipercayai melanggar Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik Facebook Imigresen Sabah.

Jelasnya, operasi yang bermula pukul 10 pagi itu melibatkan 75 pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan JIM Sabah dan dilaksanakan serentak di seluruh negara.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pendatang asing tanpa izin atau majikan yang menggaji mereka secara haram supaya tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, beliau berkata operasi penguatkuasaan akan diteruskan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan memindah warga asing yang melanggar undang-undang termasuk di bawah Akta Pasport 1966 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Setakat ini, sebanyak 11,000 individu telah diperiksa dengan 1,956 tangkapan dan pemindahan PATI melibatkan 4,851 orang ke negara asal masing-masing.

“JIM akan terus memastikan hanya individu yang mematuhi undang-undang dibenarkan bekerja dan menetap di Malaysia,” katanya.

Related Posts

Kekurangan anggota cabaran utama AKPS kawal 36 pintu masuk negara di Sarawak

KUCHING – Kekurangan anggota kini menjadi antara cabaran utama yang dihadapi oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam memastikan kawalan di 36 pintu masuk negara di Sarawak dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Adat Iban perlu terus diperkasa, kekal relevan seiring peredaran zaman

SIBU – Adat Iban perlu terus dipelihara, dikaji dan disesuaikan dengan perkembangan semasa tanpa menghilangkan nilai serta prinsip asalnya bagi memastikan warisan berkenaan kekal sebagai sebahagian daripada identiti masyarakat tersebut.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kekurangan anggota cabaran utama AKPS kawal 36 pintu masuk negara di Sarawak

Kekurangan anggota cabaran utama AKPS kawal 36 pintu masuk negara di Sarawak

Hak Melayu dan Islam tidak wajar dijadikan alasan menuduh kaum lain

Hak Melayu dan Islam tidak wajar dijadikan alasan menuduh kaum lain

Jambatan Batang Paloh bakal dibuka 30 Oktober, lengkapkan jajaran Pesisir Sarawak

Jambatan Batang Paloh bakal dibuka 30 Oktober, lengkapkan jajaran Pesisir Sarawak

Adat Iban perlu terus diperkasa, kekal relevan seiring peredaran zaman

Adat Iban perlu terus diperkasa, kekal relevan seiring peredaran zaman

KDN Sarawak perhebat penguatkuasaan bahan penerbitan, pastikan teks al-Quran diperaku sah

KDN Sarawak perhebat penguatkuasaan bahan penerbitan, pastikan teks al-Quran diperaku sah

Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital