Gara-gara salah faham, warga emas sanggup bunuh rakan

BUTTERWORTH – Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membunuh rakannya dalam kejadian pada 27 April lalu.

Tertuduh, Yee Fat Seong, 70, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Mengikut pertuduhan, lelaki warga emas itu didakwa menyebabkan kematian Loo Ah Teong berusia 63 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pondok rehat di Jalan Kolam, Cherok Tokun antara jam 2 hingga 3.22 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurameera Shahrul Azrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Nurameera tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh berikutan kesalahan di bawah seksyen itu tidak boleh diikat jamin, selain masih menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 30 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun maut selepas dipukul dan ditikam dalam satu pergaduhan di Cherok Tokun di sini.

Dalam kejadian jam 3.22 petang itu, mangsa dikatakan sedang berbual bersama lima rakannya termasuk suspek di lokasi berkenaan sebelum berlaku pertengkaran.

Suspek berusia 70 tahun secara tiba-tiba datang dari arah belakang dan memukul mangsa menggunakan sebatang kayu, menyebabkan mangsa rebah sebelum menikamnya dengan sebilah pisau.

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala suspek bertindak melarikan diri.

Related Posts

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

MIRI – Seramai 190 prospek dari Penjara Pusat Miri dipindahkan ke Penjara Pusat Limbang melalui laluan laut menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0 dengan kawalan keselamatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

SANDAKAN – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar syarat Orang Pengawasan Polis (OPP). Dalam kenyataan yang dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya