Vesel bawa 150,000 liter petrol tanpa kebenaran ditahan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah vesel disyaki membawa muatan minyak petrol berjumlah kira-kira 150,000 liter tanpa kebenaran sah di perairan Sandakan, kira-kira 9.5 batu nautika dari barat laut Tanjung Bidadari, pada petang Khamis.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, vesel berkenaan ditahan kira-kira pukul 5.15 petang oleh Kapal Maritim (KM) PERINGGI ketika menjalankan Operasi SEJAHTERA 1/2022, PLUTO TIMUR 2/2013, OCP Utara COVID-19 dan TIRIS 3.0.

Katanya, sebuah kapal bergerak dalam keadaan mencurigakan telah dikesan di posisi berkenaan, sebelum KM Peringgi bertindak menghampiri untuk pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati vesel itu dikendalikan seorang tekong dan empat awak-awak tiga warga tempatan dan dua warga Filipina berumur antara 22 hingga 64 tahun yang memiliki dokumen pengenalan diri sah.

“Namun, hasil penggeledahan lanjut menemui muatan disyaki petrol berjumlah kira-kira 150,000 liter tanpa sebarang dokumen kebenaran bertulis dipercayai melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Vesel bersama kru ditahan dan diiring ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk siasatan lanjut, tiba sekitar jam 11.00 malam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Jumaat.

Susulan itu, Suhairy berkata, lebih kurang jam 5.30 petang, kapal terbabit telah ditahan di lokasi yang sama.

Suhairy menegaskan Maritim Malaysia komited mempertingkat penguatkuasaan dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahguna laut negara untuk keuntungan haram.

“Orang awam diminta menyalurkan maklumat jenayah maritim atau kecemasan ke Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di 089-229504 atau talian kecemasan 999,” ujarnya.

Related Posts

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

KUCHING – Seorang remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum diheret sebuah lori dalam satu kemalangan tragis di Jalan Canna pada Isnin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus