Peserta RXZ Fighter maut kemalangan di LPT2

KUANTAN – Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas motosikal jenis Yamaha RX-Z ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 430 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Kemaman, Terengganu, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, mangsa, Mohamad Faizal Adam Azhar, 31, yang beralamat di Kubang Kerian, Kelantan, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata berdasarkan laporan awal, kemalangan melibatkan tiga motosikal jenis Yamaha RX-Z yang dalam perjalanan dari arah Kelantan menuju ke Kuantan.

Menurutnya, dua lagi mangsa kemalangan berasal dari Kelantan dikenali sebagai Muhammad Arif Che Mahisan, 29, dan Muhammad Zarul Asyraf Mukhtar, 26.

“Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang Muhammad Arif sedang bergerak di lorong kecemasan sebelum dilanggar dari arah belakang oleh motosikal ditunggang Mohamad Faizal.

“Akibat pelanggaran itu, motosikal Muhammad Arif menggelungsur ke hadapan lalu melanggar motosikal ditunggang Muhammad Zarul Asyraf,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Ketiga-tiga motosikal terbabit kemudian terjatuh dan terseret di atas jalan, manakala motosikal ditunggang Mohamad Faizal tercampak ke dalam longkang konkrit.

Azli berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut, manakala dua lagi mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.

“Salah seorang daripada mangsa, iaitu Muhammad Zarul Asyraf, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, manakala Muhammad Arif turut cedera pada kepala.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Difahamkan, kesemua mangsa dalam perjalanan menuju ke program RXZ Fighter yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Teluk Cempedak, Kuantan.

Related Posts

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

KUCHING – Seorang remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum diheret sebuah lori dalam satu kemalangan tragis di Jalan Canna pada Isnin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus