MBPP roboh, sita kedai haram warga asing

GEORGE TOWN – Tindakan berani warga asing di negeri ini mengusahakan perniagaan secara haram tanpa memiliki lesen yang sah akhirnya memakan diri apabila premis milik mereka diroboh dan disita, semalam.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataan di Facebooknya berkata, sebanyak tiga premis perniagaan kendalian warga asing telah dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh MBPP.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan perobohan dan sitaan itu masing-masing satu di daerah Barat Daya dan dua lagi di Timur Laut.

“Premis pertama iaitu sebuah premis perniagaan cuci kereta tanpa lesen yang dikendalikan warga asing di daerah Timur Laut telah dikenakan tindakan penguatkuasaan (sitaan peralatan perniagaan dan perobohan struktur).

“Tindakan penguatkuasaan ini diambil berdasarkan Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Turut terlibat membantu tindakan penguatkuasaan ini adalah pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP),” katanya di sini hari ini.

Dalam tindakan penguatkuasaan itu, katanya lagi, MBPP telah membuat sitaan peralatan dan barang dagangan di dua buah premis perniagaan warga asing yang masing-masing menjalankan aktiviti menjual dan sembelihan ayam tanpa kebenaran serta kedai runcit.

“Kesemua peralatan perniagaan dan barangan jualan yang disita dibawa ke stor Jabatan Penguatkuasaan MBPP untuk tujuan penyimpanan, dokumentasi dan tindakan selanjutnya,” tambahnya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar