Usahawan kosmetik ‘jual’ dadah ditahan, aset hampir RM1 juta disita

POLIS Terengganu menyita tiga kereta, wang tunai serta pelbagai barangan kemas bernilai RM981,500 disyaki hasil kegiatan pengedaran dadah.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, ia susulan penahanan seorang lelaki tempatan bersama rampasan dadah jenis syabu seberat 1.02 kilogram bernilai RM32,000, Isnin lalu.

Beliau berkata, suspek berusia 35 tahun yang juga peniaga kedai kosmetik ditahan ketika serbuan di sebuah premis tidak beroperasi di Kampung Paya Keladi, dekat Kuala Terengganu, sekitar jam 8.40 malam.

“Aset disita termasuk Toyota Alphard, Mini Cooper Countryman dan Range Rover, wang tunai RM7,700 serta barangan kemas seperti gelang tangan, rantai leher dan gelang kaki emas.

“Pemeriksaan ke atas tubuh suspek menemukan satu plastik hijau mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.02 kilogram, dipercayai untuk diedarkan kepada kira-kira 6,000 penagih di daerah Kuala Terengganu,” katanya.

Mohd Khairi berkata, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Nimetazepam.

“Suspek kini direman tujuh hari bermula 29 April hingga 5 Mei ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Related Posts

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka