Pihak berkuasa didesak siasat kes pencabulan alam semula jadi Gua Cenderawasih

KANGAR – Pempengaruh media sosial mendesak pihak berkuasa menyiasat kes pencabulan Gua Cenderawasih di Bukit Lagi yang mengubah struktur semula jadi Geopark Kebangsaan Perlis.

Datuk Syed Azuan Syed Ahmad yang juga penganalisis politik berkata, satu laporan polis telah dibuat susulan kejadian mengubah dan merosakkan warisan semula jadi gua berkenaan yang diwartakan sebagai salah satu geotapak penting di negara ini.

“Tindakan mengecat stalaktit dan stalagmit di dalam gua itu oleh pemilik sebuah kafe adalah satu kesalahan serius yang melanggar Sesksyen 62, Akta Warisan Kebangsaan 2005.

“Mengecat permukaan asal batu kapur telah menutup proses semula jadi pembentukan mineral dan mengganggu pertumbuhan stalaktit dan stalagmit baharu,” katanya kepada TMP di sini hari ini.

Laporan tersebut dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar sekitar pukul 12.30 tengah hari tadi.

Beliau berkata, cat berkenaan dipercayai mengandungi bahan kimia berasid atau pelarut yang boleh merosakkan struktur dalaman formasi batu kapur, sekali gus menjejaskan kestabilan geologi kawasan tersebut.

“Perbuatan itu turut menghapuskan nilai saintifik dan estetik gua tersebut yang menjadi rujukan penting dalam kajian iklim purba dan perubahan alam sekitar.

“Tindakan ini memberi impak besar terhadap warisan geologi yang mengambil ribuan tahun untuk terbentuk. Ia bukan sahaja mencemar alam tetapi satu bentuk pencabulan terhadap identiti negeri,” jelasnya.

Katanya lagi, beliau turut mengemukakan laporan kepada Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang agar siasatan lanjut dan tindakan undang-undang dapat diambil terhadap pihak terlibat.

“Saya harap pihak berkuasa, termasuk Kerajaan Negeri dan Jabatan Warisan Negara, bertindak segera supaya kejadian sama tidak berulang di mana-mana tapak warisan alam semulajadi lain di Perlis,” katanya.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung