‘PM ingatkan jangan selesa kemenangan PRK Ayer Kuning, terus kerja untuk rakyat’

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan agar mudah selesa berikutan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning baru-baru ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berkata Anwar menekankan keperluan untuk terus fokus menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau berkata, Perdana Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini turut mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan Barisan Nasional (BN) atas kemenangan itu.

“Perdana Menteri minta supaya kerajaan tidak terlalu yakin atau terlalu lega dengan keputusan ini tetapi harus lebih keras bekerja untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Jelas rakyat mendambakan bukan hanya kestabilan politik tetapi juga pentadbiran yang memacu pertumbuhan ekonomi yang menjaga kebajikan rakyat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi,” katanya dalam sidang media mingguan di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga merupakan Menteri Komunikasi berkata, Anwar melihat kemenangan di Ayer Kuning adalah isyarat baik berikutan perubahan sokongan dalam kalangan pengundi muda dan Melayu meskipun peratusan keluar mengundi rendah berbanding pilihan raya lalu.

Tambahnya, daripada 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM), 19 telah dimenangi BN dan hanya satu dimenangi Perikatan Nasional (PN).

“Walaupun yang keluar mengundi itu rendah jika dibandingkan dengan pilihan raya umum dan pilihan raya negeri. Namun sokongan daripada pengundi muda menunjukkan perubahan dan sokongan daripada pengundi Melayu turut menunjukkan perubahan positif,” katanya.

Menerusi PRK Ayer Kuning Sabtu lalu, calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir menang besar dengan memperoleh majoriti 5,006 undi.

Beliau yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, meraih 11,065 undi, mengatasi calon PN Abdul Muhaimin Malek yang memperolehi 6,059 undi, manakala calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS mendapat 1,106 undi.

Seramai 31,897 pengundi dalam daftar pemilih PRK Ayer Kuning.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

KUALA LUMPUR – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan dibahaskan dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat esok. Berdasarkan takwim Mesyuarat Khas Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara