‘Pengundi luar tak undi BN boleh pulang tahun depan’

“YANG tidak undi BN, boleh pulang tahun depan,” seloroh Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata demikian mengulas perihal pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning yang tinggal di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

“Kita harap mereka balik Jumaat atau Sabtu pagi. Tak jauh pun. Saya sendiri ulang-alik Kuala Lumpur ke Tapah, dua jam sahaja. Tetapi yang balik itu biarlah yang mengundi BN,” katanya pada sidang media di Pusat Media di Tapah, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, pengalaman di PRK Mahkota sebelum ini menjadi asas kepada strategi BN memaksimumkan kehadiran pengundi luar kawasan.

Jelasnya, Barisan Nasional (BN) yakin mampu meraih kemenangan selesa dalam PRK Ayer Kuning sekiranya peratusan keluar mengundi berjaya mencapai antara 70 hingga 75 peratus.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat, turut memaklumkan beliau kini berada dalam lawatan kerja kali ke-15 di kawasan DUN berkenaan sejak kempen bermula.

“Kalau kita boleh dapat 70 ke 75 peratus (keluar mengundi), maka kita boleh menambah majoriti daripada 2,000 kepada satu angka yang lebih meyakinkan.

“War room berpandangan, kalau 70 peratus itu kita boleh menang dan tambah majoriti,” katanya.

Justeru, Ahmad berkata, usaha memujuk pengundi daripada semua kaum untuk keluar mengundi turut dilakukan susulan pasca sambutan Aidilfitri dan perayaan masyarakat Cina yang mungkin menyebabkan kehadiran pengundi merosot.

Pada masa sama Ahmad berpuas hati terhadap jentera BN yang bergerak secara teratur dan menyeluruh dengan proses culaan sedang giat dijalankan buat kali kedua di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM)

“Saya lihat sendiri Wanita, Puteri dan ketua-ketua cawangan sedang melakukan kerja-kerja penting walaupun tidak kelihatan di luar. Ini membuktikan jentera kita bergerak rapi,” katanya.

PRK Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Dr Ustaz Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia, (PSM) Bawani KS.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok