Format baharu Parlimen Belia diluluskan, bakal diguna mulai tahun ini

KOTA SAMARAHAN – Format baharu Parlimen Belia kini mendapat kelulusan Kabinet dan dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya September tahun ini, sebelum dilaksanakan secara rasmi mulai 2026.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, pendaftaran penyertaan bagi calon Ahli Parlimen Belia akan dibuka pada Oktober ini, diikuti proses pemilihan yang dijadualkan berlangsung pada November.

“Sidang pertama Parlimen Belia dijangka diadakan sekitar Januari atau Februari tahun depan. Ini adalah langkah penting dalam usaha mendekatkan generasi muda dengan sistem politik negara,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Syarahan Yang Dipertua Dewan Rakyat di Arena Gemilang, Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR), UNIMAS, pada Selasa.

Beliau menegaskan persiapan rapi sedang dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan Parlimen Belia berjalan lancar dan mencapai matlamat melahirkan barisan pemimpin muda yang berwibawa.

Tambahnya, struktur Parlimen Belia akan mencontohi format Dewan Rakyat dengan jumlah 222 kerusi, selari dengan bilangan kawasan Parlimen di seluruh negara.

“Saya menyeru golongan belia agar memanfaatkan platform ini sebagai ruang untuk membincangkan isu-isu berkaitan masa depan mereka dan negara. Mereka akan berpeluang berdebat, berbincang dan menyampaikan keputusan kepada saya selaku Speaker untuk dipertimbangkan di Parlimen sebenar,” ujarnya.

Program tersebut turut disambut baik oleh warga kampus UNIMAS yang hadir bagi mendengar syarahan berkaitan peranan institusi Parlimen dalam memperkukuh demokrasi negara.

Related Posts

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

KUCHING – Sesi persekolahan secara bersemuka bagi lapan daerah di negeri ini diarahkan tutup berkuat kuasa serta-merta bermula 20 Ogos hingga 21 Ogos ini susulan fenomena jerebu yang menjejaskan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini