Aris Remingus kekal terajui Ketua Cabang PKR Batu Sapi

SANDAKAN – Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Aris Remingus berjaya mempertahankan jawatannya dalam Pemilihan PKR Sabah bagi penggal 2025-2028.

Beliau mengekalkan kedudukan tersebut selepas meraih 321 undi, menewaskan dua lagi pencabar dalam pertandingan di cabangnya.

Menurut keputusan rasmi melalui (Borang 14), sejumlah 621 kertas undi telah dikeluarkan daripada 707 ahli yang layak mengundi di Cabang Batu Sapi.

Keputusan itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Aris mengucapkan penghargaan kepada ahli-ahli parti yang terus memberi kepercayaan kepadanya.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua anggota PKR Cabang Batu Sapi yang telah memberi kepercayaan dan memilih saya untuk menerajui cabang PKR Batu Sapi bagi sesi 2025-2028.

“Amanah ini akan saya pikul dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan demi kebaikan bersama,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan yang mengucapkan tahniah atas kemenangan tersebut dan memberi sokongan berterusan.

“Sokongan dan kata-kata semangat kalian amat bermakna. Kepada semua ahli seramai 13 Ahli Jawatankuasa (AJK) yang menang dan kepimpinan sayap-sayap, saya ucapkan tahniah,” ujarnya.

Related Posts

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

KUANTAN – Program Paya Besar Global Pulse: Russian Track hujung minggu lalu, menghimpunkan belia berusia antara 15 hingga 19 tahun dari kawasan Parlimen Paya Besar dan anak muda Rusia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding