UMNO masih bertaring, berbisa – Saarani

TAPAH – Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdup Hadi Awang bahawa UMNO kini menjadi lemah selepas berpisah dengan Pas dilihat tidak mencerminkan realiti politik semasa.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, walaupun partinya tidak lagi bersama Pas, ia masih menjadi sebahagian daripada kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri.

“UMNO bukan sahaja masih dalam kerajaan, malah memegang kedudukan penting termasuk Timbalan Perdana Menteri, menteri kanan serta beberapa timbalan menteri.

“Di Perak, kita menang sembilan kerusi dan masih menjadi kerajaan. Saya kekal sebagai Menteri Besar, kita ada Speaker dan tiga orang Exco,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Sejati Madani Impian Jadi Realiti Daerah Batang Padang di Dewan Orang Ramai Kampung Kenangan, Bidor pada Ahad.

Mengulas lanjut, Saarani menegaskan bahawa UMNO tidak hilang kekuatan seperti yang didakwa, malah masih memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara.

“Kalau benar kita lemah, sudah tentu kita terpinggir daripada pentadbiran. Tapi sebaliknya berlaku, kita berpisah (dengan Pas), tapi terus jadi kerajaan.

“Jadi, di mana hilangnya taring yang dimaksudkan itu? Cakap sedap mulut sahajalah,” katanya.

Pada Sabtu, Abdul Hadi menerusi ceramah mega menyifatkan UMNO semakin hilang taring apabila berpisah dengan Pas.

Beliau berkata, perkara itu dibuktikan dengan kemerosotan undi Melayu terhadap parti tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Timbalan Pengerusi PN itu juga merujuk kepada kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Kata Abdul Hadi, pemimpin Melayu UMNO sepatutnya bekerjasama dengan Pas bukannya Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan agar kuasa Islam dapat diperkasakan.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI