Kerajaan Perak nafi wujud lebih 30 ladang babi haram

TAPAH- Kerajaan Perak menyangkal dakwaan terdapat lebih 30 ladang ternakan babi di daerah Batang Padang dan Muallim, seperti yang didakwa oleh Perikatan Nasional (PN) sehingga dijadikan peluru dalam memburukkan reputasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, A Sivanesan, berkata, tuduhan yang dilemparkan pembangkang dilihat tidak bertepatan susulan setakat ini, hanya terdapat 21 ladang babi yang diluluskan di kedua-dua daerah tersebut.

Menurutnya, pemodenan ladang ternakan babi antara penstrukturan semula yang dilaksanakan kerajaan negeri dan perkara itu akan dijelaskan lebih terperinci dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu depan.

“Di kawasan Ayer Kuning, hanya terdapat sembilan ladang dan tiga daripadanya diluluskan untuk ditukar kepada konsep Ladang Babi Moden (MPF), manakala baki enam lagi dalam proses kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT)

“Kita mengambil tindakan penutupan ladang babi kerana tidak menepati syarat penstrukturan semula ladang ternakan dan inilah yang kita lakukan sepanjang 26 bulan Kerajaan Perpaduan di Perak,” katanya kepada media selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Chittirai di Dewan Serbaguna Air Kuning, pada Ahad.

Turut hadir,  Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri M Saravanan.

Sebelum ini, Hafez Sabri ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mendedahkan terdapat ladang babi beroperasi di Ayer Kuning, lebih-lebih lagi di Kampung Tanjung Keramat yang majoritinya didiami masyarakat Melayu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi terbabit memberitahu, penduduk di kawasan berkenaan menyatakan ketidakpuashatian kerana isu tersebut masih belum diselesaikan sehingga kini.

Malah, Idris menerusi sidang media pada Khamis turut memaklumkan pihaknya turut meminta Kerajaan Negeri mewajibkan penggunaan sistem penternakan moden yang tidak mengeluarkan bau susulan mendakwa penduduk Ayer Kuning terpaksa berdepan bau busuk setiap hari.

Bagaimanapun, penduduk di Kampung Tanjung Keramat menafikan terdapat ladang babi beroperasi di kawasan tersebut, seperti didakwa oleh Ketua Pemuda PN Perak itu.

Berdasarkan pemerhatian The Malaysia Press (TMP), tiada ladang babi haram yang wujud di kampung tersebut, malah industri hiliran itu yang memiliki lesen telah menggunakan sistem penternakan moden dan berhawa dingin selain ditempatkan sejauh kira-kira tiga kilometer (KM) dari penduduk setempat.

Malah, rata-rata penduduk menyangkal dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad bahawa kewujudan ladang babi berlesen itu menyebabkan penduduk Ayer Kuning terpaksa berdepan bau busuk setiap hari.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar