PRN17 Sabah: GRS akan bincang kerjasama dengan PH

SANDAKAN – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan perbincangan bersama Pakatan Harapan (PH) dalam masa terdekat bagi membincangkan potensi kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, meskipun tarikh rasmi pertemuan itu masih belum ditetapkan, usaha ke arah perbincangan telahpun dirancang.

“Kita dalam kerajaan sekarang, Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan mengadakan perbincangan dengan PH,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sungai Sibuga 2025 di Dewan Serbaguna Sri Libaran, di sini, pada Sabtu.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS mengulas pertanyaan media mengenai sama ada PH sudah memulakan rundingan rasmi bersama GRS berhubung kerjasama politik menjelang PRN17.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa gabungan GRS-PH Plus yang menerajui pentadbiran negeri ketika ini akan terus menjadi asas utama dalam menentukan bentuk kerjasama pilihan raya akan datang.

“Kerajaan negeri hari ini adalah GRS-PH Plus, itu jelas. Namun dalam politik, kita sentiasa mencari formula terbaik yang boleh menyatupadukan rakyat dan mewujudkan kestabilan politik di Sabah.

“Pintu kita juga sentiasa terbuka untuk mereka yang ikhlas mahu bekerjasama,” katanya.

Sebelum ini, Hajiji turut memberi bayangan bahawa PH kekal sebagai rakan pilihan utama GRS menjelang PRN17, meskipun Barisan Nasional (BN) Sabah telah mengumumkan kerjasama rasmi bersama PH di peringkat negeri.

Sementara itu, lebih 5,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Gagasan Rakyat Bahagian Sungai Sibuga yang turut diserikan dengan persembahan seni serta penyampaian sumbangan kepada 74 pelajar, guru dan staf Maahad Tahfiz, selain anak-anak yatim.

Majlis itu turut dihadiri barisan pemimpin kerajaan negeri termasuk Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Isnin Aliasnih; dan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Samad Jamri.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi; Ketua Wanita, Datuk Redonah Bahanda; Ketua Beliawanis, Emmie M. Idang; Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Awang Kadin Tang; serta Ketua Bahagian Sungai Sibuga, Datuk Amirshah Yaakub.

Hajiji turut meluangkan masa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Dilantik, Datuk Jaffari Waliam di Kampung Kenangan Manis, sebelum menyempurnakan penyampaian watikah pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi Kampung Semawang dan Kg Jaya Bakti dalam kawasan DUN Gum-Gum.

Related Posts

KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

TAWAU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau merampas pelbagai barang kawalan dan sebuah kenderaan bernilai RM104,138.40 selepas menerima satu kes serahan daripada Pasukan Gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

  • By Fatin
  • August 19, 2026
KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi