Konsep perpaduan di Parlimen Tapah boleh dijadikan model seluruh negara – Saravanan

AHLI Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan konsep perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Parlimen Tapah boleh dijadikan model kepada seluruh negara.

Ini kerana, ujarnya, ia terbukti Tapah merupakan satu-satunya kawasan merangkumi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang boleh memilih Melayu, Cina dan India sebagai wakil rakyat.

Malah katanya, masyarakat Melayu di kawasan Tapah telah lama menunjukkan tahap toleransi yang tinggi terhadap kepelbagaian kaum dan bangsa.

“Saya perlu akui sikap toleransi para pengundi di Parlimen Tapah ini cukup tinggi.

“Kalau tidak, mereka tidak akan terima saya sebagai wakil rakyat daripada kaum India selama empat penggal.

“Tapah satu-satunya kawasan yang boleh pilih Melayu, Cina dan India sebagai wakil rakyat dan membuktikan perpaduan di Tapah,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, kerusi Parlimen Tapah dimenangi Saravanan, Barisan Nasional (BN) manakala kerusi DUN Ayer Kuning dimenangi Allahyarham Ishsam Shahruddin (BN) manakala DUN Chenderiang, Choong Shin Heng (BN).

Timbalan Presiden MIC itu turut menegaskan pengundi di DUN Ayer Kuning cukup matang serta menolak neratif yang berlandaskan isu remeh.

Keyakinan tersebut didasari rekod BN yang konsisten serta penerimaan masyarakat pelbagai kaum terhadap kepimpinan inklusif yang ditunjukkan di kawasan itu.

Menurutnya, usaha parti lawan membawa isu ladang babi serta masalah paip bocor dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning hanyalah cubaan mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang lebih besar iaitu pembangunan rakyat.

“Kalau betul mereka (pembangkang) mahu jadi juara rakyat, kenapa tunggu masa sekarang (PRK) baharu hendak bersuara tentang ladang babi yang sudah ada lebih 50 tahun?,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Kejohanan Bola Sepak Grassroots U8, U10, U12 Piala Datuk Seri M Saravanan di Stadium Tun Ahmad Sarji, Tapah pada Sabtu.

Hadir sama, calon BN PRK DUN Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir atau lebih mesra disapa Ustaz.

Jelas Saravanan lagi, Tapah yang merupakan kawasan campuran bandar dan luar bandar memerlukan pendekatan pembangunan yang realistik dan bukannya impian membina menara kembar seperti di bandar besar.

“Kita tidak bolehlah membina Menara berkembar, tetapi kita boleh melahirkan generasi yang mempunyai modal insan tinggi dan berdaya saing,” tambahnya.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian Isham akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

Pada PRK ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS.

Suruhanjaya Pilihan (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April ini, manakala pengundian awal pada 22 April.

Ini adalah PRK ke-11 selepas PRU15.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok