BN tolak permainan fitnah, jentera elak cetus provokasi agama dan kaum

TAPAH – Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan tidak mencetuskan sebarang provokasi perkauman dan agama yang boleh menyebabkan masyarakat merasa resah sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini.

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan, pihaknya mahu mentadbir Perak dengan penuh kasih sayang dan aman damai tanpa sebarang tindakan boleh menggugat keharmonian sejagat.

Menurutnya, sentimen negatif itu perlu dielak agar tidak berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat di samping BN mahu mempertahankan kerusi Ayer Kuning tanpa dibayangi dengan permainan fitnah dan tuduhan palsu.

“(Jentera) yang datang dari Perlis, Kedah dan beberapa negeri lagi, lepas PRK mereka akan pulang ke kawasan masing-masing dan hanya pengundi kekal mendiami kawasan ini. Sebab ini saya pesan jangan cetus provokasi atau pertelingkahan kerana setiap rumah mungkin ada penyokong pelbagai parti politik.

“Janganlah kerana PRK dan provokasi melampau (sepanjang tempoh kempen) menyebabkan pertelingkahan dalam rumah tangga serta masyarakat setempat.
Setiap kampung ada penyokong BN dan parti lain, mereka guna surau dan masjid sama. Janganlah lepas PRK nanti perpecahan berlaku. Jika Perikatan Nasional (PN) hendak buat juga, itu urusan mereka,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidlfitri anjuran Persatuan Kelab-kelab Belia (MAYC) Perak, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Saarani yang juga Pengerusi BN Perak turut mengingatkan jentera BN supaya tidak menjadikan isu peribadi lawan mahupun meremehkan mana-mana agama sepanjang berkempen pada PRK berkenaan.

“Saya sering ingatkan diri supaya jangan sentuh isu peribadi (lawan) kerana setiap manusia ada kebaikan dan kelemahan. Kalau kita cakap kelemahan orang, kita pun ada kelemahan sendiri.

“Bila ungkit kelemahan orang, pihak lawan pun akan lakukan pendekatan sama. Tiada manusia yang sempurna,” katanya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu.

Mengenai provokasi berkaitan agama, beliau berkata, tindakan sedemikian bukan hanya tidak dibenarkan dalam Perlembagaan, sebaliknya turut dilarang oleh setiap agama.

Sehubungan itu, Saarani berharap agar semua pihak mematuhi Perlembagaan negara, mengikut undang-undang dan menghormati hak pengundi.

“Kita mengamalkan kebebasan agama. Biarpun Islam adalah agama Persekutuan, kita benarkan agama lain diamalkan. Janganlah semua mahu cetuskan provokasi untuk meremehkan agama lain.

“Semua beramallah ikut agama masing-masing. Ini adalah perkara paling asas bagi pembinaan negara aman dan damai. Kita ditakdirkan berkongsi negara ini dengan pelbagai bangsa dan latar belakang agama,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan susulan kematian Ishsam akibat serangan jantung pada 22 Februari, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Dr Mohamad Yusri Bakir menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April ini, manakala pengundian awal akan diadakan pada 22 April.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar