KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Dalam kenyataannya, Hajiji turut mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh.
Menurut beliau, Tun Abdullah yang memimpin negara dari tahun 2003 hingga 2009 adalah seorang pemimpin yang banyak berjasa, termasuk memperkenalkan lima Koridor Ekonomi Malaysia, antaranya Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang dilancarkan pada tahun 2008.
“Antara objektif utama projek SDC ialah untuk menjadikan Sabah sebagai pintu masuk utama bagi perdagangan, pelaburan dan pelancongan.
“Selain membuka peluang pekerjaan, inisiatif ini turut membantu negeri Sabah menjadi lebih celik teknologi serta sebuah negeri yang selesa dan harmoni untuk didiami, tanpa mengira bangsa dan agama.
“Projek ini telah memberikan banyak manfaat kepada pembangunan negeri,” katanya.
Tambah Hajiji, Tun Abdullah bukan sahaja seorang pemimpin berwawasan, malah sepanjang enam tahun mentadbir negara, beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, peramah dan disenangi ramai.
RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara
MUKAH – Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Perikanan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM6.75 juta bagi program tukun tiruan di perairan daerah ini sejak 1998. Inisiatif berterusan yang dilaksanakan itu bertujuan memperkukuh isu…
Lebih lanjut






