ESSCOM pilih Kampung Inderasabah jadi Kampung Angkat MADANI

LAHAD DATU – Kampung Inderasabah yang terletak di persisiran pantai Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas di Tawau dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI ESSCOM.

Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata, menerusi inisiatif kampung angkat itu, sebanyak RM1 juta diluluskan bagi pelaksanaan projek insfrastruktur dan program-program pembangunan secara menyeluruh di kampung tersebut.

“Di bawah pimpinan Kerajaan MADANI bagi inisiatif kampung angkat, kami telah memilih Kampung Inderasabah yang juga berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSzone) dan dari segi gerak kerja, kita sedang laksanakan.

“Pemilihan perkampungan itu disebabkan terdapat cabaran keselamatan jadi kita harap pelaksanaan kampung angkat ini dapat mensejahterakan perkampungan tersebut,” katanya selepas sambutan Ulang Tahun ESSCOM ke-12 di Lahad Datu, pada Isnin.

Pada program itu, ESSCOM turut menzahirkan penghargaan kepada rakan strategik dan media yang memberi kerjasama padu pada agensi keselamatan itu sepanjang penubuhannya.

Jamaluddin turut memaklumkan ESSCOM bakal melaksanakan program sosioekonomi bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di Kudat dan Pulau Banggi, pada 26 hingga 27 April depan.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula