Lagi taktik jelik PN, guna gambar ahli BN jadi bahan kempen

PELBAGAI taktik kempen pelik dan jelik digunakan Perikatan Nasional (PN) sejak hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, Sabtu lalu.

Bermula poster karikatur menyindir pemimpin Kerajaan MADANI dan emoji ketawa pada hari penamaan calon, terbaharu PN dikesan menggunakan gambar penyokong Barisan Nasional (BN) sebagai poster kempen mereka.

Poster itu menunjukkan calon PN, Abd Muhaimin Malek, yang juga Yang Dipertua Pas Tapah memeluk bahu seorang lelaki warga emas.

Tertera di poster itu slogan “Mendengar, Membantu dan Menyantuni”, serta “Sentiasa Dekat Dengan Rakyat”.

Bagaimanapun difahamkan isteri kepada lelaki itu mendakwa suaminya tidak dimaklumkan mengenai penggunaan gambar berkenaan.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Temoh semalam, wanita itu berkata, suaminya memegang jawatan dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Temoh Stesen.

Dia juga memaklumkan keluarganya hanya menyedari kewujudan poster itu selepas diberitahu oleh anak kepada seorang rakan, yang kemudian mendorongnya membuat laporan polis.

Dakwaan ini merupakan kontroversi terbaharu buat Muhaimin yang sebelum ini terpalit isu keraguan pentauliahan mengajar agama di Perak.

Setakat ini, Muhaimin masih belum memberikan penjelasan berhubung tuduhan tersebut, sebaliknya memberitahu wartawan bahawa PN akan memberikan jawapan “bila tiba masanya”.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan