Isu tarif: MITI bakal adakan perbincangan dengan AS

KERAJAAN akan terus melaksanakan sesi libat urus berkaitan isu tarif bersama kerajaan Amerika Syarikat menerusi setiap peringkat dan sedang menunggu tarikh temu janji dari pihak Pejabat Wakil Perdagangan AS (UTR).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, sesi libat urus juga akan diadakan dengan pihak industri dan kementerian agensi tersebut.

Menurut Tengku Zafrul, kerajaan akan menjalankan strategi pendekatan bilateral dan multilateral dipacu oleh tiga keutamaan bagi mencari solusi terbaik untuk hubungan ekonomi Malaysia dan AS.

“Kedua mempergiat perbincangan proaktif dengan blok-blok ekonomi, negara-negara dan pasaran-pasaran lain untuk memperluas pasaran.

“Ketiga mempercepatkan reformasi ekonomi bagi memperkukuh kapasiti rantaian bekalan domestik dan membantu meningkat kecekalan pengeksport,” katanya pada sidang media National Geoeconomic Command Centre (NGCC) di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sepanjang minggu lalu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Tengku Zafrul berkata, antara yang diberi keutamaan sektor industri seperti pengeksport dan pemain modal pasaran dalam mendapatkan pandangan secara terus mengenai impak tarif kepada pemain industri.

“Di dalam sesi-sesi perbincangan tertutup itu, ada beberapa perkara yang diusulkan kepada MITI dan kita sedang meneliti cadangan dan permintaan ini yang telah dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan untuk diperhalusi.

“Saya ingin menegaskan, keadaan ekonomi masih terkawal. Asas ekonomi kita masih kukuh dan stabil.

“Seperti mana yang telah dijelaskan dalam tiga keutamaan kita, langkah-langkah dalam tiga keutamaan ini sedang dilaksanakan dan bergerak seiring secara bilateral dan juga multilateral.

“Kerajaan akur bahawa kita harus bertindak pantas, namun pada masa yang sama kita perlu juga anjal dan fleksibel dalam mengadaptasi perkembangan dan perubahan terkini terutamanya dalam memastikan impak jangka pendek terlindung, dan kekuatan ekonomi kita diperkukuh untuk jangka masa sederhana dan panjang,” katanya.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan