BDDA terima suntikan dana RM1.5 bilion pacu pembangunan Betong

SPAOH – Pembangunan luar bandar di Betong kini memasuki fasa baharu hasil inisiatif kerajaan negeri menerusi penubuhan Betong Division Development Agency (BDDA) yang menerima suntikan dana sebanyak RM1.5 bilion sejak tiga tahun lalu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar berkata, Betong bertuah kerana menerima peruntukan besar berjumlah RM1.5 bilion daripada Premier Sarawak melalui penubuhan BDDA.

“Antara projek besar ialah pembinaan sebuah rumah hijau (greenhouse) yang bakal menjadi terbesar di Sarawak dan berfungsi sebagai pusat pengeluaran utama sektor pertanian,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Dewan Masyarakat Spaoh, pada Sabtu.

Beliau berkata, beberapa projek penting lain turut diluluskan di bawah BDDA termasuk pembinaan tiga Pusat Hemodialisis di Spaoh, Kabong dan Beladin melibatkan kos RM15 juta.

Selain itu, Bangunan Serbaguna Perpaduan Spaoh yang bernilai RM25 juta akan dibina bagi menggantikan Dewan Masyarakat Spaoh sedia ada yang akan diubah suai menjadi Dewan Arena Sukan Spaoh.

Sementara itu, Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu menyifatkan Douglas sebagai pemimpin yang berdedikasi dan sentiasa berusaha membawa kemajuan tanpa mengira penat lelah.

“Warga Betong amat bertuah kerana memiliki beliau yang sentiasa komited memastikan pembangunan terus berjalan,” ujarnya.

Turut hadir Setiausaha Politik Premier Sarawak, Roseline Mapong Sabai; Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas; Pegawai Daerah Betong, Laga Kueh serta Setiausaha Majlis Daerah Betong, Lister Clement Guwie.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak